Saturday, October 30, 2010

'Nak balik dah' jadi 'Jalan Gelugur'

"cik!cik!"kate seorg 'male' berasal sabah.
"ye?" 'cik' yang agak kemarahan kerana dipanggil cik oleh seorang yang 2 taun lagi tue dari die,die ingat aku ni makcik dia ka?! getus cik tu dalam hati.
"@##$%^&^%$#$^ ah....."kedengaran lelaki tu berkate macam semut.
cik itu pon pergi bangun dari tempat die belaja,menuju ke luar pintu rumah,cube mendengar lagi sekali pebende 'PAKCIK!' tu cakap.
"ape die?"cik tu bertanye.
"#@$%^&&^%$#@$# hhh " lebih kurang camtu la yang didengari cik itu....
"nak pergi Jalan gelugur?"cik itu bertanye lagi
"ahaha,,,nak BALIK DAH " pakcik tu menegaskan ayat die sekali lagi.
"oh..ha...yela..."cik itu berkate dalam merah.
selepas pakcik tu pergi,die memanlingkan mukenyer,kemaluan sorang2,ditambah lagi,sepupu darjah limanya mengatawakannnyer....die BETUL2 RASE NAK BELASAH DIRI NYA SENDIRI MASE TU.

moral of TEH day,JANGAN GELABAH.


SAT!SAT!!!

x abis lagi....

korang pernah kan dengar pasal kes2 orang gaduh dkt stadium pasal bola?
kat mane2 la....
fuh.....ganasnyer mereka,bakar kerusi la,terbalikkan kereta fru la,baling batu la...
AKU MARAH BETOL!
kenape keganasan tu tak digunakan untuk berjihad kat palestin ke,kat iraq ke...
kan bagus,dapat pahala jihad tu,kalau mati,masuk syurga,InsyaAllah...
ini x,dalah ko hampir bunuh org,engko pon hampir terbunuh,kalau mati sempat mengucapka?!
eh,sebenarnyer point aku kat sini,janganlah membodohkan diri sendiri begitu.x bagus.ANDA AKAN NAMPAK SEPERTI ORANG YANG 2345432.

Tuesday, October 26, 2010

Hamza young american convert to islam crying when performing hajj


aku amat mengharapkan dapat melihat lelaki yang nangis kerana islam...
indahnye nangis kerana islam..
mcm x percaye ade lelaki macam ni

ya Allah,teringin sangat aku nak tunaikan haji...
betape aku nak kembali ke tempat asal....
umi dan ayah sangat beruntung dapat pergi haji...
moga2 aku boleh cepat2 pergi haji...
care umi dgn ayah crite pon da menggambarkan betape mereka rase aman je kat sane...

p/s : krediit to faida to remind me back to watch revert to islam video//

Korean Speaks Arabic


masyaAllah..beautiful

INI JAWAPANKU

ramai kawan2 baikku suruh aku bukak fb balek.aku x nak.I FIND FB TAK UBAH MACAM JANJI POLITIK.

maaf kawan ku,aku rase aku sangat mengade2 kat fb...
maaf kawan ku,aku rase aku da tak tahan dengan apa yg fb buat kat aku,
maaf kawan ku,fb is the start of destruction of human like me...
so,before aku dimusnahkan,lebih baik aku musnahkan fb dulu,ye x?

sebab fb,aku menangis,
sebab fb,aku ketawa - yg melalaikan,
sebab fb,aku sakit - sakit papejela.
dan sebab fb,baru aku tau,rupenyer kite kwn kat fb,kat luar kite mcm radio paling mahal kat dunia tapi rosak suaranya.

aku pernah,pernah ketawa bersama fb,ye,banyak kenangan manis aku dgn fb....tapi bila aku fikir2kan balik,rupenyer kebanyakannya kenangan manis yg umpama gula2 madu dalamnyer ade sayur peria.

hebat sunguh penangan fb.

lebih baik,

aku kongsi rase aku dgn blogger,
at least,walaupon aku cakap sorang2,walaupon aku syok sendiri,
xde orgla,setakat ni nak cari pasal ngan aku kat blogger,sbb memberi komen kat blogger sangat,menyusahkan,hahahaha.

KALAU ADE PERKARE PENTING KENE BUKAK FB BALEK,CAMNE AH?RISAU AKU

Sunday, October 24, 2010

ok.surat ini sangat kasar,klaka,dan romantik dan maybe menyedarkan.

entah kat mane aku jumpe surat ni ntah...kat tepi parit dpn rumah ak kot...jokin.
erm.ok,penulis surat ni maybe bukanlah se-alim mane,dan biase2 je,tapi mungkin die da menyedarkan aku sedikit2 pasal camne nak jadi seorang PEREMPUAN.yg baik.dan mungkin sebenarnyer ak masih dlm proses nak jadi seorg perempuan yg solehah.eh,x sampai pon ke proses tu.x.x.masyaAllah.terlalu jauh aku..hinenyer aku..hinenyer..

ok2.ape2 jela.sile bace,believe me u will like.


Kehadapan my future wife(s)



I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.



So, wahai my future wife(s)



I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.



I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.



Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?



Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.



My future wife(s),



I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.



Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.



Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.



My future wife (s),



You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.



Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?



I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.



Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

kalau da rezeki...

tadi ter-pasang tv1(kebelakangan ni rtm da makin nak nampak mude,hum,wateva la)
pastu die crite pasal anugerah festival filem malaysia la...ntahla.mereka mcm lebey mengutamakan kepopular-an drpd kebakatan.hancur bm aku.
iyela...aku cume x puas hati sikit la..

pelakon wantita terbaik -lisa surihani.
-ok,ak bukan x suke die,ye,aku suke,cume bagi aku,lebih
ramai pelakon wanita lain yg layak dpt anugerahh tu.
hmm,xkan sbb die popular kblakangan ni,juri terpaksa
nak menangkan die sbb nak jaga hati rakyat jelata?

pengarah terbaik - shamsul yusof
- ini,ini memang aku tak boleh nak terima langsung!adeke,org yg da
filem yg memalukan,yg bakal meranapkan lagi fikiran bebudak mude
and buat filem pon mcm fikiran x matang,boleh menang award ni.
terlalu banyak pengarah lain yg layak menang award tu.

but then,bile shamsul ade comment lepas award tu.die ade ckp "masih banyak pengarah lain yang layak menang award ni,tapi ni memang da rezeki yg Allah beri "

aku terkesima.

haah la.aku yg mule2 x puas hati pon terdiam.

Friday, October 22, 2010

main game sampai termuntah??~~!!!

aku baru bace berita ni,dkt suratkhabar mende ntah :

selasa,22 okt - seorang perempuan yang dikatakan tertekan dengan pembelajarannya,telah bertindak bermain permainan yang dikatakan menambah tekanan dan sakit kepala.Mungkin ada beberapa orang yang sudah mengenali permainan itu.atau beribu.Permainan 'Medal of Honor Allied Asault' itu sudah menjadi lumrah jika berjam-jam bermainnya akan membuatkan sakit kepala atau pening atau lebih teruk lagi,mabuk.Apa yang dikatakan memang ternyata benar.Perempuan itu telah mengalami pening yang melampau dan membuatkannya termuntah.Mungkin benar apa yang dikatakan emak-emak
"Ha,mainla game tu sampai termuntah "



ok,memandangkan muntah org sangat menjijikkan,jadi kite cari alternatif lain.

p.s : pemberita telah memelihara maruah gadis itu dengan tidak menamakannya.
tapi aku tak ; aku mencari kat google and terkejut dan mendapati perempuan itu ialah aku sendiri??!!!

Wednesday, October 20, 2010

full of CATION


positive
positif
positive
positif
positive
positif
positive
positif
positive
positif
positive
positif
aku terpaksa.
tulis camni
sbb skrang,fikiran aku,sangat negatif
sbb skrang,aku da mcm terpikir yg bukan2 untuk mase depan aku
tu la yam.
lebey2 lagi
kalau da x mampu tu
jangan buat
jangan
jangan
ok2.
skrang,aku da negative balek...
positive
positif
positif
positif
.
.
.
.
.
.





Tuesday, October 19, 2010

kalaulah aku boleh ambik raye 2008 tu balek

raya 2008,paling banyak menggamit memori,paling meriah,paling nostalgia,dan yang paling penting,raya yang comel.

aku men-slide2 gambar di lappy,sambil tersenyum,sambil ketawa keriangan,sambil rindu merindukan.

banyak yang berlaku raye tahun 2008...
yang aku ingat-
-tv9 buat lintas langsung solat aidilfitri and temuramah beberapa org yg aku kenal,which,bile tgk kat tv,sgt klaka..hahaha..entah ape mereka merepek kat situ...pastu,lepas solat raye tu,lintas langsung plak kat satu rumah yg ade kilang kerepek...kesian keluarge tu,x dapek nak beraye ngan family sgt,which is sad.
-keluarga yg mude2 yg bising2 yg meriah2 jugakla tahun tu balek...kire mcm,semua yang balek tu semua jenis yg gurau2..yg aktif2 nak bercakapla katekan..hahaha
-paling penting,raye tahun tu la,atok kali terakhir bole bersembahyang raye kat masjid.....aku sangat merindukan atok pergi balek masjid dgn basikalnyer..skang,die cume dpt sembahyang kat rumah je...
-aku plak,ingatkan raye tahun tu x best! langsung.sebab,aku kan spm,so tuisyen pon makin aktif la,sampaikan hari yg esoknyer nak raye pon,tuisyen lagi.....sedey aku,org laen hapy2 memasak kat dapor,aku naek motor gi tuisyen....tapi....
-bile malam raye,pakcik bongsu aku merangkap ketua mercun sekeluarge,mule
mengaktifkan mercun2 borongnyer...hahaa...ak x tahan...ape lagi,lantakla spm ke
hape,aku nak maen jugak...wihuuu!!!mase tu la start meriahnyer...dengan masjid kat depan rumah,haha,lagila meriah...


tu jela YANG AKU INGAT.

and people say,
a picture say thousand of word.

so,biarkan gambar yang bercerita.

wif whole family on that day,which is actually 1/4 of the family of atok



wif my gila2 sepupu.mase tu kak bella and kak wi still bergelar cik




paling,Paling,PALING,rindu mase ni....mase tu,atok baru balek dari masjid,and
kami like,menantikan kedtgn atok...tu ha,siap antar 2 pengapit lagi..untung x?hahaha

mercun time,see,how memalukan,org kat masjid tgh bertakbir,diorg pegi maen mercun..aku?eh,aku x..aku x...btolll...x caye bace pos kat atas...takde kot ckp pasal aku maen mercun....




sepupu sepupu kecik yg cmel.teka,adek aku mane?ala,yg mukenyer macam aku tu...



tikus kiut...

Monday, October 18, 2010

zaman bersyair ku kembali lagi!

tadi,caca si stalker aku bagi khabar yang agak,mendukacitakan.

"kak yam,ca masuk syair"
"tolong ajarkan ca kak yam.please,please,umi takde,takde sape nak ajarkan"

hmm.aku mcm.x nak.x nak!da la suare aku rock skrang,camne nak menghasilkan suare yg agak kemerduan untuk bersyair.?kang silap2 si ca kang nanti mase syair gune suare kasar lak.terpaku dan tercengang seketika hadirin sekalian.

takpela.rock pon rock la.kang die kalah aku plak yang disalahkan.ahaha.inila masenyer aku amek kesempatan nak buat nakal kat ca.hahaha.siap ko ca.hahaha.

OHHHH YA.

RESULT.KUAR.ARI RABU.NI.?.

huh.entahla.x larat da nak nangis.aku tawakal jela.

cik naqya yang bermalam

cik naqya,kwn lama saya.ye lama.sgt lama.melampau2 lama.antara sahabat dan kawan baik saya.ahahaha.saje berhiperbola.
cik naqya menyedarkan saya akan kepentingan bahasa melayu.saya malu dengannye.almaklumlah,die bakal cikgu dengan major bahasa melayu.

ok2.aku rase sgt x sesuai dgn aku.aku rase sgt x selesa berbahasa yang x setaraf dgn aku.maksud aku,aku bukanla seorg yang baik.aku anak yg masih blom mencapai tahap solehah.belum2.jauh sangat.aku bukan adik dan kakak yang baik.terlalu jahat aku rase.BAHASA MELAYU UNTUK MEREKA YANG BAIK.macam naqya,dan kawan2 aku yang lain,like rozi dan ain dan yana dan zati dan lina dan faida dan fara dan firda dan semuala.diorg anak yang baik.aku tau tu,kerna aku kawan mereka,walau mereka deny nak mampuih,aku tetap akan cakap camtu.

sgt lari dari tajuk.

erm.

aku and naqya menghabiskan mase di rumah,cerita pasal kisah2 silam.sangat klaka.sangat sedih.sangat mengimbaukan.aku x kan lupa tu.tanks naqya.

untuk naqya,jadila cikgu bahasa melayu yang terbaik,martabatkan lah bahasa melayu sampai terkenal,aku nak buat tapi aku sendiri teruk.jangan risau naqya,kau akan dikurniakan jodoh yg sama denganmu.
maaf entri ni sangat pendek.aku x pandai nak bercerita.kang aku cerita panjang,jadi merepek meraban.

P/S: AKU NAK tenks KAT CACA SI ADEK SEBAB DA BERSIHKAN KERETA UNSER(YANG AMAT PELIK JIE DIE MELAKUKANNYER).AKU TAU DIE BACE NI,SEBAB DIE LA SATU2NYER STALKER AKU.HAHA.ANYWAY,AKU BAGI KO A-.TAK BERSIH SGT!

Thursday, October 14, 2010

akhirnyer,aku kembali jua.

fez of all,juz nak mention kepada kwn2 blog ku sekalian,ehem2,pandai sungguh anda semua mengenakan aku ya,time2 aku aktif berblogging,time tula kamu semua senyap menyendiri.time aku lost idea and internet connection,time tula korg semua sgt2 aktif merepek dan mengomel..haha..pandai2.ini sindiran bukan pujian.uhehe.

ok2.berbalik kepade tajuk perbincangan.
sebelum umi pergi haji,awal2 lagi aku da cop,aku ngan si sasa tu nak tido bilek umi.hehe.kenape ka?sebab bilek umi mcm 5 star,bilek aku 1 star.plus,bilek umi ade aircond,so aku mmg minat kat bende sejuk ni.

sambil menjaga dan mengemas bilik umi,(well,sbg upah tido kat situ),aku jugak sudah memindahkan laptop aku kesitu.

malam pertama,uiks,bezzzzzz.
malam kedua ketiga dan seterusnyer.,,uiks,bezzz........
malam keempat...kesejukan,,grrr.....mcm nak demam,hasshummm!!!
esoknyer,kepala pening ,hidung tersumbat.
sumpah,aku terus tutup econ.sangat pelik,slama2 ni x pernah aku sukakan panas2...


sejak malam itu,aku sedar akan kesilapan aku.lalu aku kembali ke bilik asal ku...ahh,bilik asal jua yg selesa.wlupon buruk,tapi die tetap menjadi kesayanganku.maafkan kak yam yer bilik kesayangan.kak yam da sedar.

p/s : don't do this at home!

Monday, October 11, 2010

the worst surirumah

hm.yah.thats me.i'm ruin.i'm gelabah.i'm the worst surirumah.ok2.i should not negative.nanti faida marah.hahaha.

hmm.

pagi2,antar si sasa pergi skola yg jauhnyer 10 minit.sakit hati melihat jarum minyak cepat menunjukkan ke E.means entaek.(ianye bahasa jawa yg bererti habis.well,aku ingatkan pencipta kereta sedunia ,adalah org jawa mase aku kecik2 dulu,rupenyer x.E means Empty.hahaha

abis pagi.
tgh pagi - pengurusan rumah paling teruk bermula.

tengahari - pegi kedai beli sayur.aku prefer yg x banyak org and baru.senang.malas nak dengar umpat2.mase nak bayar tu,haha,tetibe je abg kedai tu tego aku,"mak da pegi makkah ye?""jadi surirumah la ni?"

ok.fez thing kat sini.ak terkejut.
aku x terkejut pon die kenal mak aku,sbb bapak dia sepupu mak aku.tapi camne die bole kenal aku.padahal aku x penah pon jumpe die selain kat kedai tu?hush.pelik2.x pelik sebenarnyer.kalau da kat kampong,khabar berita sell fast like u sell surat khabar harian metro.
(yah!!! say no to government suratkhabar,say yes to rakyat suratkhabar)

second thing second is that,aku nak ketawa terbahak2 mase die ckp aku jadi surirumah??!!!!!
no no no no.my taraf is jauh dari surirumah.masih terlalu jauh untuk mencapainyer.mcm perbandigan antara kerak dalam bumi dengan angkasa lepas paling jauh manusia aru diskover.

petang - its online time.!!! kalau surirumah sebenar,its DRAMA time!!!

malam - masak malam paling best.u just buy some perencah da siap,like mee ho goreng perencah and nasi goreng lada hiam perencah,campurkan perencah tu,and goreng kuetiaw or watsoever,csmpur telo sikit and then,,,walla!

sedap ke x sedap?kite tgk mangkuk tu habis x.tu jela.
hasilnyer,habis.sbb rumah saye ade pirana.

oh ya,i like to mention one thing if makanan x abis-(best thing about kampung,when u have baki makanan tak abis,just throw it out to tanah.beberapa minit kemudian,u will see an amazing cleaner come and clean it.that is,ayam,kucing,tupai,monyet-kadang2.basi x basi,mereka x peduli.tapi slama aku tgk,x pernah ade kes kucing mati and ayam mati sbb makanan basi.terer btol mereka)

malam lagi - its online time!for surirumah sebenar,its cerekarama time!or maybe time to watch your children study and thaught them.

ok.this one i fail.asking my bongsu sister to study.i don know wat to do.i donch know!
mom has minta me to suruh si sasa buat latihan,but she wont listen to me coz she know i'm like garang tapi x menakutkan.that is really tensioning ya knaw?

and then i'm call kaspi.si abang.haha.sasa dengan kaspi takut sikit.kaspi x garang.tapi tegas kt.entahla.memang itu nature kehidupan la...thats why we often hear anak2 takut kat bapaknyer bukan maknyer....memang itu yang Allah ciptakan kan?Ayah sebagai pemimpin,thats why la die automatically akan digeruni dan dihormati.mak sebagai tempat kite nak manje lebey2 la..

talk about it,i miss my last peluk dengan umi.sebelum umi nak pegi haji..its tak terkate...aku betol2 rase mcm nak bermanje je mase tu.mcm nak peluk puas2.macam x nak lepaskan pelukan tu.aku rase amat tenang je mase peluk umi.rase mcm selamat.WOW.THATS THE POWER OF SEORG UMI.

nite.
chow yah.
Assalamualaikum.

Saturday, October 9, 2010

waaaa....da rindu da.....

sob sob sob..isk..isk..isk...T_T

tiada kata secantik air mata
yang dapat kuungkapkan
kesedihan berpisah sebulan suku
dengan umi dan ayah tercinta

aku baru balek dari kelana jaya,tempat kumpul jemaah haji.time aku menulis ni.balik terus on9,senonohla sungguh.(kalau x,aku akan lupe ape mende aku nak tulis,well,aku ni cepat betol lupe-dush dush)

mase nak pergi tadi,kami bawak 3 rombongan kereta.kecil saje.umi ngan ayah naek laen.aku naek ngan siblings aku.hush.sungguh menakutkan cara pemanduan kaspi.aku pon mcm tu jugak.hahaha.

mase dlm perjalanan mengejar mase yg tercuri disebabkan nak antar asmak si kakak,tibe2 sedap2 aje sandal aku memputuskan diri die.bukannyer aku jalan ganaz sangat pon.(ehm.mungkin,jugak.ok.i admit.aku jalan ganaz sgt.mane x nyer,sepatutnyer aku bwk kasut raye tu,tapi disebabkan tergelabah lagi dan lagi,terbawak sandal buat kejar anak2 kucing penakut kat rumah aku tu.)

so,aku telepon talian 999,that is my mom.haha,kesian umi,kene plak selipar emergency.(kaspi x bole singgah beli selipar,sebab,kami terkejar kereta umi ngan ayah.)

lepas da jumpe balek kat r&r,sesi penyerahan slipar pon bermula.ok.haha.takpela.slipar yg terpampang jenama,NIKE.haha.dala ade heel die sekali.malu aku.oh x.x.aku bersyukur ade slipar.fez time aku pakai wedges akcelly.

after that,sampaila kat kompleks haji kat kelana jaya.wow.ramainyer manusia.mane x nyer.satu jemaah bwk belas2 rombongan.

da sampai,aku ngan sepupu aku ngumpat2 pasal org bwk bekalan makanan melampau mcm nak pegi travel jauh.PADAHAL,KAMI PON MCM TU JUGAK.cume,kami nyorokkan dlm beg.ehehe.lack of self-ape ntah.

abis makan,bual2,tibe2 ade pengumuman.pakcik2,makcik2,yang nak pegi haji,sile pegi ke kaunter watever and watever yg nnaek penerbangan watever.
aku mase tu baru stat feling mengade2 nyer tu...da mule nak cry2..aku x tau kenape,tetibe,aku terase mcm budak kecik plak x nak berpisah sebentar ngan mak bapaknyer...haha...ok2,sape2 ade perasaan camtu,lukiskan smiley kat comment bwh ni ye?!

okla.cow yah!da x tahan nak nangis ni.bbuhbye..Assalamualaikum


p/s : kalian doakan keselamatan umi ayah ku jua yah di sana;.

Friday, October 8, 2010

Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Apabila Muslimah Terjerit-Jerit Semasa Konsert Maher Zain | iluvislam.com + discover the beauty of islam

uncang teh yang habis.

dipendekkan cerita. :

umi ngan ayah nak pergi haji.

so,ramai yg melawat.

semua dtg petang2.sebab,diorg tau,org pegi keje.of cozla.its a basic knowledge.

bole dikatakan setiap hari gakla.

haha.aku rase,mereka yg melawat skang lebih ramai berbanding org dtg raye rumah aku.

(rupeyer,memang best! nak pegi haji.

sebelum pegi dapat rezeki,da pergi dapat rezeki,lepas pergi pon dpt rezeki.

maksud aku,sebelum pegi kan ramai dtg,org kate yg dtg rumah tu murahkan rezeki.
mase pegi lak,dapat rezeki rase mengerjakan haji tu.
lepas pegi lak,insyaAllah rezeki akan murah lepas kite doa kat sane.)

ok,sambung2,bile dtg petang,of cozla akan hidangkan air teh,sebab teh o memang sedap diminum petang2.dan malam juga,and pagi.ah bile2 la.

thats whyla,harini uncang teh tu da abis,padahal besar kotak tu.

ok.i know x klaka.

cume,nak terangkan kat sini,minggu ni memang ramai org datang.

aku batak la sikit.

jarang tu org nak dtg rumah aku ni.hahaha.

ok2.chow yah!

wassalam.

Thursday, October 7, 2010

boom boom kebaboom

meletup,meletup.tayar kereta meletup.
da dua kali da.satu kreta wira,satu kreta unser.
tensen.kenape mesti time aku drive,ade bende tajam mencucuk tayar tu kat jalan?

mcm ni la lebeh kurg tayar tu

Wednesday, October 6, 2010

Ayo kembali ke sekola,ayoh!

Boring-boring.aku teringat zaman kegilaan mengkaler mase sekola dulu.hush.nak beli kaler 4.50 ringgit mase tu pon mcm nak beli baju 10 ringgit zaman skang.haha.klaka.tapi,budak skang x hargai kaler.aku rase,adek aku punye kaler je da beribu batang.buruk sikit,beli baru.aku dulu,sampai tinggal satu cm tau.sob sob.

tapi,skang,ade kecanggihan teknologi.software mengkaler.

amaran!hanye untuk 2 - 7 tahun sahaja!
--die katela..

tapi,cara ini lagi selamat,x malu,senang,dan murah.plus,u can extend your creativity jugak(alasan utk menkover)

anyway,sbb utamanyer ialah,game2 yg aku ade skang sudah boring dan terlalu susah utk dimainkan.jadi,ape kate main budak2 kecik punye game.

after trying their game,i feel some kind of excited.
no wonder la budak2 kecik excited semacam.

ok2.jangan risau korg.maryam akan kembali ke zaman remaja-dewasa sebentar sahaja lagi.sekarang ni si yam ni tengah melayan zaman kanak2.chow yah!

oh ya,ini hasil warna saya.bagi brape bintang agaknyer?



Tuesday, October 5, 2010

tiga ketakutan

i always have the same three dreams,over and over again...i don't know why,but one that i would always be sure,this is the mimpi ngeri for me.
And this mimpi ngeri ini slalu aku takut ia menjadi nyata.

1'st dream :

- i will always dream Tsunami come to attack me.aku pon x tau kenape.nak kate aku pernah terkena tsunami,tak pernah la plak.haish.slalu je,mimpi,bagan lalang yg jauhnyer 5 km dri rumah aku kene tsunami,x pon,tempat yg aku pergi melancong.
This dream start ever seen the tsunami 2006 start,heh,of cozla.camne mimpi ni nak wujud klu tsunami yg real x wujud lagi?


2'nd dream :

=Mimpi naik lif and lif tu da nak terjatuh,rosak,and mcm nak membunuh aku.aku tak tau kenape.x tau kenape.takkanlah aku takut kat bekas mahalah punye lif aku tu?hoho.memang pon.sejak fez taaruf kat uia lagi,aku da takut bende tu putus la...jatuh la....mimpi ngeri,mimpi ngeri....

3'rd dream :
-haaa...ni,aku baru je mimpi malam tadi.hush,tak gune punye mimpi.ade ke patot,aku takutkan sesuatu yg aku insyaAllah x kan ulang lagi??!!
aku mimpi,aku terlambat pergi tuisyen spm cikgu paling garang aku pernah dapat.that is so ridiculuous.kalau mimpi ni mase form 4form 5 ke,,ade la jugak reasonable nyer,ini,aku da kuar dri sekola...dan aku x kan ulang spm tu lagi,apetah lagi tuisyen yg menyiksakan jiwa disamping mendapatkan aku A tu.?uhehe.tapi still,aku tetap ulang mimpi yg same,datang lambat ke tuisyen,and cikgu tuisyen tu marah teruk2.tadi lagi melampau,aku da la dtg lambat sbb pegi sekola rendah agama,and cikgu tuisyen tu marah and terus jalankan hukuman bunuh kerat2 bandan kat sape yg dtg lambat.hush..Astaghfirullahalazim......nauzubillahminzalik...


ENTAHLA...SAMPAI BILE MIMPI NI NAK STOP PON AKU TAK TAU LA.HAISH.,YG PENTING,AKU MASIH DILANDA KEPELIKAN KERANA MIMPI TU JE YG ASYEK SERANG AKU BERULANG KALI.

=I

GTO - Great Teacher Oh umi.

aku akan crite,ape yg aku ingat pasal kerjaya umi sebagai cikgu aku sejak aku kecik lagi.

aku 5-6 tahun - umi mengajar kat sekola menengah kat tanjung sepat.its pretty big chellenge,most of her anak murid is pretty nakal2 dan bermasalah.satu hari,umi buat kelas tambahan,di satu petang.tunggu punye tunggu,x datang2.huh,rupenyer mereka pegi maen bola sepak kat bawah tu ha.kelas kat nun tingkat 3.mak oi.aku rase aku marah mase tu.umi panggil2 dari atas,diorg x dengar ke buat2 x dengar.aku pon x pasti.aku pon join skaki pergi menjerit dari tingkat atas.x dengar jugak.last2,umi rase mmg diorg xkan pegi klas tambahan,so terpaksala balik.SEJAK HARI TU,AKU BENCI BOLA SEPAK.(agaknyer kot).baleknyer tu,umi xde transport nak balek.nak tepon xde kredit,da tepon xde,camne nak tepon?hmm,terpaksala jalan kaki.jauh rumah ngan sekola,5 km kot.suku jalan,aku da penat kot.aku merengek2 kot.x ingat sangat.umi dokong aku.umi pon da penat,tapi die still dokong aku.gendong i mean.sampai sekarang,kalau aku ingat balek,aku mesti menangis.akhirnyer,da nak 1 km lagi ke rumah,baru naek teksi.

p/s : disebabkan murid2 kat tanjung sepat tu,suare umi bertukar jadi suara rockerz,pade mase tu.

aku 7-10 tahun - umi bertukar sekolah,pergi ke sekola menengah kat ngan rumah aku.sini,problem kureng sikit,maybe sebab budaknyer kebanyakan lurus kot.agaknyer la.tapi adela aku dgr umi crite,ade satu couple pegang2 tangan,cintan2 kat skola tu,rapat nak mampus,umi tegur la...jangan rapat sangat...belum kawin lagi....tapi couple tu mcm nak melawan la plak kan.haish,aku rase nak hempuk je kepale bebudak tu.kalau x nak dengar pon,diamkan jela.melawan ape kehey.
dengki mendengki tetap terjadi.ape yg aku tau,umi memang great teacher.pengetua,penolong kanan,semua suke and puji umi.sampai nak naikkan pangkat.tapi umi x nak.sbb ade certain cikgu tu,dengki,and mule la nak marah2.kate pengetua x adil la....and watsoever...sampaikan,umi nangis..aku marah betol.kenape nak dengki.i know my mother.she really hardworking.pengorbanan die sebagai cikgu x ternilai.umi latih budak2 yg masuk pertandingan sampai menang ke peringkat negeri.umi buat tuisyen percuma,semua untuk anak2 murid die.dan banyak lagi umi buat.banyak sampai x tercerite.AND SHE DESERVE THAT PUJIAN.

11-15 tahun - umi ditukar ke sekola rendah,hanya disebabkan,xde ijazah.ala,bole je skola tu nak keep umi,tapi disebabkan SKEMA sangat,die x trime cikgu diploma.kate nak ikut ape yg kerajaan sarankan la.cet!tak semestinyer xde diploma,xleh ajar dak skola menengah.umi banyak pengalaman mengajar skola menengah,berbanding cikgu baru yg diganti tu.and method mengajar lagi berkesan.aku tau bile dengar crite dari kawan cikgu umi yg ajar aku.so,umi ditukarkan ke skola kat pekan ni.jauh sikit dari rumah.
hmmm...bile kat sini,pon same,dengki mendengki tetap dijalankan.tapi ini lagi teruk.memang lagi teruk penangannyer.sampaikan umi mohon nak tukar sekola.PADA MASE INI,UMI DA START AMEK IJAZAH.something like,pendidikan awal kanak2 kot.ala,mcm ajar prasekola,tadika...jangan pandang rendah,gaji tetap naik.sebab ade ijazah.walaupon aku x paham ape kebendenyer tu,tapi aku tetap suke.maksud aku,suke untuk umi la..

16-kini - bertukar ke sekola rendah lagi satu.kali ni, kurang la....dengki mendengki tetap ade,tapi sikit la...tak teruk sangat.kebelakangan ni,bebudak skola da pandai couple da.ade yg lagi teruk,couple ngan budak form 5 la...sampaikan umi terpaksa bwk budak tu pergi buat ujian air kencing nak cek.iyela,budak tu umi nampak sampai peluk2 la...bole x korg pikir,budak lelaki form 5 yg couple ngan budah mentah darjah 6,die nak ape?
baru2 ni,berlaku ujian yg sangat2 berat untuk umi.ade cikgu tuduh umi salah gune kuasa ayah yg baru bertukar ke ppd.ade ke patot?Ade ke patot?!!die tuduh mak aku camtu.da la die pegi ckp kat kawan die,pastu kwn die tu plak menyindir care yg sangat2 menusuk kalbu.mule2 umi ingat die maen2 ke,gurau ke,umi pon gurau balek dengan die.sebab umi sgt mcm innocent.pastu umi terpikir balek,so umi jumpe la cikgu tu,umi tibe2 jadi tegas.sb umi nak pertahankan maruah umi,and ayah skali.
bile tanye2 cikgu yg terase diri die tu ditukarkan,rupenyer ade cikgu yg hasut2 cikgu tu.haish,ntah pape ntah.
nak je aku ckp kat cikgu tu,aku kenal la mak aku.aku kenal sangat.die xkan buat bende camtu.sampai hati die tuduh mak aku.mak ak nak pergi haji beberapa hari lagi.betol ape yg umi dengar,sebelum pergi haji,kite akan diduga ujian berta yg kite x sangka.

AKU SEBENARNYER,SANGAT2 MENGAGUMI SESAPE YG BERJAYE MENJADI CIKGU SEJATI.AKU X MAMPU.AKU TAKUT.

oh ye,aku jumpe satu video yg dijumpai lina,pasal ade satu ckgu bertudung tu,die buat miming lagi2 and siap menari lagi.hmm,kalau die bukan cikgu ak x kisah sgt...tapi,die cikgu,kalau ade anak murid die nampak ke...agaknyer,mesti anak murid die akan ingat tu betol and pergi ikut.haish.macam2.
ni link die.
http://www.youtube.com/watch?v=07DQV-iM0aE

Monday, October 4, 2010

banyak sgt,banyak sgt yg dirahsiakan.

change biarlah rahsia to biarlah terbongkar.
sori,xde kene mengene dengan lagu siti.

banyak sgt yg dajal dan sekutunya,i mean,pengikutnya freemason da buat,da laksanakan,dan sedang laksanakan.u can watch it on youtube,carilah pasal freemason...dunia akhir zaman....the arrival...semua tu mendedahkan ape yg selama ni kite x tau dan tertipu...even to the thing that kite percaye adelah SUCI.

and i kind of terkejut bile tau sign of rock,
is the symbol of freemason dalam upacara penyembahan satan mereka...no wonder la bile aku tgk org buat camtu rase mcm nak bagi pelempang je...

hmm.DUNIA AKHIR ZAMAN.

i kind of even terkejut pemimpin kite sendiri pon buat ikatan dengan pemimpin amerika-yg mencurigakan,dan barack tu mcm-freemason.well,idk its kepastian but try tgk video pasal obama is freemason.

WE DON KNOW,BUT WE SHOULD BE CAREFUL.OBAMA may seem to look innocent,but......

judge urself and ask the expert.

Sunday, October 3, 2010

its annoying rupenyer

kenape korg x kasi tau lagu dlm blog ni annoying?haha,tetibe aku rase annoying gilak lagu dlm blog ni.so,no more lagu lah.

gelabah jadi malu.

hmm.tula aku.boring.boring.boring.damn boring!aku boring dengan sikap gelabah terlebey aku tu.entahla.memang dari dulu aku ni gelabah sikit.kadang2,nak je aku tukar name blog miau itu comel jadi miau itu gelabah.haha.eh,!!bukan aku miau,miau la miau tu.aku keepkan name miau,sebab aku nak dedicate sayangnyer aku kat miau dengan menamakan name blog tu miau.
eh!tapi jangan salah paham!kalau nak tau ,rumah aku memang xde seekor pon kucing peliharaan.yg ade pon,x dpt bertahan,beberape bulan lepas die lahir,ambik cangkul,gali tanah.
maybe sebab aku and sibling2 aku ganas sangat kot.muhahaha.maaf kucing2 ku.

maaf lari tajuk.

berbalik kepade crite gelabah jadi malu,insiden malu ni banyak saksinyer.antaranyer,penggune jalan raye tu sendiri.haish.da beribu kali,aku asyik hampir ter eksidenkan org.ini semua sebab gelabah.x leh kwl tangan and otak.haish.

mcm semalam hari sabtu,aku nak antar lina ke klia,dari rumah lagi da malu.ari sabtu tu,kengkawan ayah aku campur family die lebey kurang 20++ org,datang rumah,pastu time aku nak undur kereta,time tula org semua keluar nak amek gamba gaknyer..disebabkan banyak sangat keta,habis sempit laman rumah aku,so kawan ayah aku tolong la kibas2 tangan die(maksudnyer nak tunjuk sign ok ke x undur lagi)...bole x,time tula semua org menyaiko aku,pandang mcm nak makan,malunyer x tau nak letak mane.dala anak2 lelaki cikgu tu ade yg h****m.hahaah,.

arini plak,g rumah faida.da sampai rumah faida pon bole gelabah lagi.tak bole nak parking plak kali ni,sampai abang faida terpaksa parkingkan.ados.malu gile.FAIDA,sampaikan maaf x terkire aku kat kamu and family kamu sebab banyak susahkan ngko org sume.

dalam perjalanan balek plak,terlanggar side road punye batu la,termasuk salah laluan la,ter-gelabah sampai terpotong kereta org la.haish.asyek2 ulang kesilapan yg same.ini semua gara2 GELABAH.

p/s : don't do this gelabah at anywhere.amaran!