Monday, January 31, 2011

memasak pertunjukkan!

huhahaha.
ari ahad is the very cool day.
bukan sahaja cool dari segi cuacenye,tapi dari segi perangainya juge.
hari tu,mahallah zainab buat pesta dri segi bahase setannyer,a.k.a family day.
ade mcm2 la aktivitinyer...salah satunyer,cooking showdown!
and aku tergerak hatila nak berbaik2 dengan mahallah...iyelah,aku takdenyer nak aktif2 ni sebelum ni...
so,aku buat grup ngan blogger zati and blogger ain.....
so,setelah berpenat lelah memikirkan menu,kami mengambil keputusan nak buat :

-pasta de pesta
-telur bergolek(egg roll)
-bola2 cinta megi
-aiskrimdanpisang(bukan eskrem pisang as previous entri)
-bandung frizz

aku maleh nak cakap.gambar menunjukkan 1001 rase .



bandung frizzz..


aiskrimdanpisang(banana split)



bola2 cinta and telur bergolek

pasta de pesta



haa.....yang bawah ni,malam sebelum tu,kami berparti megi...gune cooking stimbot..best woo..

Thursday, January 27, 2011

RESEPI ESKREM TERSENANG.

Bosan?
nak makan eskrem tapi mahal?
nak buat eskrem tapi bahan complicated sangat?
mahukan eskrem yg sihat?
here,i present u, banana de partigochia es trochila.

a.k.a, AISKRIM PISANG.

sangat senang.
senang nak sangat2.

~bahan2 :

pisang yang da masak dan nampak sedap untuk dimakan.

~material :

peti ais dengan kebolehan beku.
plastik buat bungkus lauk.
blender bermacam kebolehan.


ambik pisang,kupas kulit,jangan dikasi monyet.kemudian,pisang2 yang dah dikupas tu,kau masuk dalam plastik,bekukan semalaman.

then,esoknyer bile da beku,kau pegi potong kecik2 pisang tu,mengikut kebolehan blender kau.kalau blender kau terer sangat,tak yah potong kecik2 pon takpe.kalau blender kau da uzur sangat,potong la sebesar saiz duit 5 sen.

kemudian,jangan panik kalau blender anda pade mulenyer perlahan.ia akan memproses pisang itu dan amek mase yg lame sikit dalam 1 minit.kemudian,pisang anda akan menjadi seperti krim eskrem pisang yang pekat lagi berkrim disukai ramai.

~maaf,gambar xde,sebab x sempat nak hamek gamba,da habis dimakan.
mau sedap tambah la hape2 mende kau suke,.

SELAMAT MENCUBA.banana de partigochia es trochila.

;)
:>
:D





Monday, January 24, 2011

tanks saifulislam.com

semalam,kepala dan otakku bekerja keras demi mengingati balik semua intipati ceramah kat dewan amf.
penforumnye,sis munawwirah ngan ustaz hasrizal...
tajuk forum : dari mata turun ke hati.
macam biase,ianyer tajuk hot.
dan aku nak sangat tulis ape mende yg mereka forumkan kat sini.
dan macam biase,bateri kamera kat otak aku lemah sangat.cepat habis.

tapi,bila bukak blog arini,saifulislam.com a.k.a ustaz hasrizal terus mengupdate.and i was like,wow,terima kasih ustaz.tolong bagitau balek ape yg ustaz cakapkan semalam.
DAN tiba2 aku terlupa,ustaz hasrizal adalah penceramah a.k.a penulis blog.haha.
ni link nya :
http://saifulislam.com/?p=9171

hope u enjoy the tulisan,cause i really enjoy the talk last night.sangat2 bermanfaat.

buku aku terima nikahnya,aku da khatam berape kali ntah.satu2nya buku yg aku banyak kali bace selain buku doraemon and sin chan and ujang and watsoever.terima kasih umi,belikan buku tu,kalau x,jgn harap la anak mu ini nak membelek sebuah buku untuk dibace.

Sunday, January 23, 2011

a babysitter.

whoooaaa~!
aku pergi interview tadi,haahaha.
panel die sangatla baik,lembut...
interview to be a bibik+babysitter skali...
isyaAllah...jika diizinkan...huahua.

actually,izati razi kasitau aku,madam kelas comp 2 ak dulu,mencari mereka2 yang sanggup x balek rumah untuk jage anak die mase cuti panjang nak mampos kami nanti.(maafkan kekasaran saya)
so,aku dan izati pon pakat nak same2 jadi babysitter madam...(dan kebetulan pulak aku gile teringin nak adek kecik lagi...)
so,madam pon soh la datang blek die nak bincang2 dulu...
and madam kate,kalau xde aral melintang,kami bole la keje as a babysitter...

aral melintang tu ialah :
-persoalan same ade ak masuk gombak bulan 5 atau bulan 9
-makbapak kami kasi tak?

hush.harap2nyer jadila...

p/s : sampai sekarang aku masih x puas hati,kenape org asyek ingat aku anak bongsu ah?haha.nampak sangat aku seorang yang childish.takpe2.siap korg.suatu hari nanti kematanganku akan terserlah.

Saturday, January 22, 2011

khalifah kecil to be.

sejak dari dulu.hidup aku dipimpin.aku x pernah pon nak jadi pemimpin.dan x pernah bermimpi pon nak menjadi pemimpin.kalau jadi pon,kene PAKSA.so,nak tak nak,aku terpaksa memalukan diri aku.

entah.aku memang takut mahu jadi pemimpin.
takut digelakkan org,
takut disindir,
takut kite tersalah pimpin,
dan yang paling terpenting,
takut org2 yg kite pimpin rase kite x layak langsung jadi pemimpin...
SUMER DIATAS BERCHARGE NEGATIF.

tapi,,bile semakin aku melangkah ke alam dewasa,
rasa ingin memimpin tu mule timbul,
umpama timbulnya sebulatan buih di lautan yang luas,namun ia meletup selepas itu,hilang.
tapi,buih lain timbul,dan ia sentiasa berulang.
dan sesungguhnya,INI METAFORA YANG HIPERBOLA.

Bukan ape,berkali2 aku dipaksa jadi pemimpin,
dan aku memang nampak seperti pemimpin yg bakal runtuhkan negara.
kucar kacir jadinya.
ini semua disebabkan,aku x yakin diri sebenarnyer.


baru2 ini,aku seperti tergerak hati nak anjurkan event yg kecil aje.
tapi,besar sungguh bagiku.
aku takut memikirkan ape yg bakal berlaku nanti.
berjaye ke x ni?
ade ke org intersted nak join..
kadang2 aku mcm nak tarik balek je tindakan ak ni.
serius la,ko mmg serius ke ni yam?

lame aku pikir.
ah!
berjaye ke x,aku x kisah.
kalau berjaye,itu rezeki dari Allah,
and kalau fail,Allah nak ajar something kat aku..

come on yam,ke arah ENGINEER MUSLIMAH YG BERJAYA!

Wednesday, January 19, 2011

saye balek kejap tadi ke umur 12 tahun

haha.
seronok.

berbual ngan kawan2 skola rendah...kat chatbox grup kat fb tu...
gurau2 kasar mcm dulu...
eh,did i mention that aku da lame bukak fb balek?
haha...
but this is limited only to my sekola punye kawan,and my universiti punye kawan yg rapat2...
ek eleh kau yam,perasaan hot plak,nak limited2 ni...
haha...terpakse,kalau x aku tensen..

add org yg kite kenal tapi x pernah pon nak rapat kat real life..
ianyer adelah mengguris hati sendiri..
sorila...
aku da penat da macam tu....
hmm...
skang ni bile tgk kat chatbox,hanye list org2 yg kite rapat,rase mcm seronok lak...
no more anonymous.


huhahaha.

Monday, January 17, 2011

ade tak subject ' Matang '

kalau ade subjek Matang diajarkan,
kan best.
at least kau tahu ape itu maksud matang.
at least kau tahu macammane nak jadi matang.
at least,bile kau da lepas sekolah nanti,kau seorang yang matang.

Tapi tak ada.
mereka ada sebab untuk meng-tak ade kan bende itu.
mungkin sebab mereka tak mahu bazirkan duit,
atau mungkin sebab mereka pon masih tak matang lagi,
atau mungkin juga,mereka mahu budak-budak belajar matang dengan sendirinya,dan dengan melalui pengalaman yang sebenar.

Aku Obses ingin menjadi matang,
kerana aku mahu menjadi anak yang solehah,
kerana aku mahu menjadi kakak dan adik yang bagus,
kerana aku mahu menjadi kawan yang sedia menjadi kawan dimana saja,
kerana aku mahu menjadi ibu yang pandai mendidik anaknya,
kerana aku mahu menjadi isteri yang tahu menjaga hati suaminya,
Dan Kerana,Aku Mahu Menjadi Engineer yang betul2 berjasa kepada agama.

Tapi,
menjadi masalah bila sekeliling masih menganggap aku belum bersedia menjadi matang,
menjadi masalah bila aku sukar meninggalkan tabiatku,
dan menjadi masalah bile aku masih SUKA GILE TENGOK CERITA KARTUN.

haish.
huh.
fflush.

Adekah,bile aku masuk gombak nanti,aku akan menjadi matang?ah.aku takut aku menjadi hipokrit,di rumah childish,di gombak matang.
argh.

p/s : belajar bersabar bile orang buat kau marah.belajar untuk tak marah die balik.

Wednesday, January 12, 2011

segmen kenangan.

komputer dan aku sukar dipisahkan.
sejak first time aku jumpe komputer dikala umur aku 6 tahun,
aku mula jatuh cinta.
awal2 dulu,mase 6-9 tahun,ayah beli komputer.
yang aku ingat dan aku rindu gile,ade 3 game ni.

-game chips(ala,yg game puzzle,yg budak makan biskut,pastu die kene cari jalan kuar tu,kene langgar dgn api la,lemas la,lebah sengat la,raksasa kejar la.haha.serius best game tu)

-game kat cd.game tu aku rase game melayu.ape eh.ala,yang ade dinasor kaler ungu sebagai maskot.serius aku x ingat ape tajuk die.tapi best la,menguji matematik kau,menguji bm kau,bi kau,and die ajar pasal bende2 dalam komputer.ish,akunak carik balik pon serius susah game mcm tu skang.

-game design rumah.best!aku suke.lepas dah design,present dalam bentuk 3d.actually bukan game tu,application windows 97 kot.

Kemudian perkembangan berlaku.ayahku membeli komputer advance sikit.memang batak gile la mase tu.sanggup panjat bahagian tinggi2 semate2 nak intai komputer yg ayah baru beli tu.tragis tol.

Komputer tu best sebab,

first game komputer yang advance sikit,dalam 3d.
game langgar lembu.
sebenarnyer game lumba keta kat padang pasir,
tapi aku excited plak nak langgar lembu2 yang tak berslah tu.

then....

upgrade,upgrade and upgrade..

game yang lain tu ak x nak cter la....sebab macam da common sgt skang ni...dah xde nilai kot.haha.

note : aku skang mengisi mase terluang dengan maen2 aplikasi.

-Button beats virtual piano.
well,actually banyak version piano lain,tapi aku malas nak cari,sbb kebanyakan kene bayar kan.
kalau aku bosan,aku akan men piano..menghasilkan musik beetoven,and seangkatan dengannya.haha.gurau saja.aku tak pandai pon main bende alah ni.pura2 pandai.takpon,aku hasilka musik sendiri.seronok.

-Smmoth Draw 3.
-maen lukis2.best gak.tryla..kalau ko seorang ang x pandai melukis tapi minat sangat nak melukis,gunela aplikasi ini.haha.ia nescaye akan membuatkan ko percaye ko pandai melukis padahal komputer yang tolong adjustkan.

lain-lain? ak tak sempat nak download disebabkan line kura2.

cover-cover rindu

baru je aku bukak facebook tadi...
bile tengok,pergh,ade mesej.mesej?!
aku dub dab.
siapakah?
da la wifi uia macam batu,lambat jalan.
suspen je.

bile bukak...aish!
stalker aku....semak sungguhla...
sblom ni ak da larang die jangan kacau fb aku...
so,tak dapat kacau fb aku,die stalk blog aku...
seb bek die x pandai mengkomen kat blogger.yes!

tapi hari ni,dia bagi mesej.
EMERGENCY!Kak yam,bile kak yam nak balik?
aish.
syasya si stalker si adek.
cepat2 aku call mak aku.
tanya,ape emergency nyer.
aku x nak call si sasa ni,kang x pasal2 kene "bang...bang boom!kene tipu!"
memang mengamuk la aku nanti.
pastu umi ckp xde pape.
haish.
mmg aku plan nak balek minggu ni pon.

pastu aku ketawa dalam hati.
hahaha.
ca,kalau ko rindu aku cakap jela!
;P

nah,aku mencapapkan ko ca,padan muke.haha :P




yang pakai badge tu sasa la tu.

Monday, January 10, 2011

Ada apa dengan bangsa,jika....

mereka kata bangsa patut dipertahankan,

tetapi,ade mereka kata,islam patut dipertahankan?

dimana mereka yang bertanggungjawab mempertahankan islam?

yang diberi tugas dan amanah menjaga islam.....

pergi makan rezeki orang ka?

dikala islam dihina,dicerca...

orang2 ini berlindung disebalik payung lindungan,

berpura2 innocent...

Tidak berani kerana takut dengan orang2 di atas...

Sedangkan,

mereka terlupa,

Yang Di ATAS itu lagi berkuasa,

dan mungkin sedang MURKA kepada mereka,

kerana tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik2 nya...

kerana mereka mungkir pada janji mereka,

atau mungkin kerana,mereka lupa betapa beratnya tugas itu,

kerana mereka bakal ditanya di Akhirat kelak...

ah,mereka itu hanya mengira beratnya uang2 dan ongkos2 di poket mereka.

atau,

mungkinkah mereka terlupa makna KHALIFAH yang sebenar?

ah!

persehtankan itu semua....

Kuda2 yang mengikut orang2 yang berjuang,berjihad di jalan Allah itu sebillion kali ganda lebih mulia daripada mereka2 itu,




Sunday, January 9, 2011

Apa kata korang?

Bila kucing nampak air sarsi dicampurkan dengan air sirap,die kate : miau~~

Bila orang Physic nampak fenomena itu berlaku,die mengkongklusikan : airsirapsarsi

Bila orang chemistry melihat tindakbalas kimia itu,die berkate : what we can observe is the red colour of aqueous syrup change to reddish-black.

Bila aku nampak : Jual boleh buat duit ni~!!!



Saturday, January 8, 2011

Baru aku faham erti POPULAR.

Dulu,mase aku kecik dan budak-budak...aku tak faham,kenapa bile wartawan tanya artis2 hasil program realiti " Kenapa nak masuk Malaysian Idol?Kenapa nak masuk Mentor?Kenapa nak masuk akademi fantasia?"
dan mereka pon dengan muke tak malunyer menjawab,"Sebab nak jadi popular"

Popular?Aku langsung tak faham kenapa orang nak jadi popular.Sebab aku budak2 kot,so aku suka main sorang2,cakap sorang2....and buat syok sendiri pon sorang2.(Er,darjah 6 tu still budak2 lagi ka?)...i mean,ape kau dapat bile kau jadi popular?

well,bile aku meningkat dewasa(ececeh),dan bile aku mule start aktif berblogging....aku mule faham ape erti popular.....orang akan tegur kau bile jumpe kau,orang akan komen kat facebook kau,orang akan like kau,kau dapat perhatian orang,dan orang akan excited bile dapat jumpe kau...
dan mulalah,hati aku terasa nakal nak jadi popular jugak...

And then,day by day,aku memasang impian tu,dan aku mule mencari publisiti murahan...seperti memancing ikan,menanam pokok sayuran,membelah kayu...dan lain-lain.

sepanjang aku memasang impian tu,dan aku mencumburukan orang kerana mereka jadi popular....tibe2 aku realise something very important...bende penting yang orang popular boleh terlupa.


-kawan sebelum kita popular,kawan yang sentiasa dengan kita,sentiasa mendengar celoteh kita,sentiasa sanggup mendengar keluhan kita,dan sanggup terima keburukan kita.

kadang2,bile kite da popular,kite boleh TER lupa mereka2 di atas itu....memang,awal2 populariti,kita memang da janji siap kita takkan lupa mereka...tapi kita takkan sedar sebenarnya,dalam diam....kite melupakan mereka...sebab kite sebok melayan kawan2 baru kita...

- Dalam tak sedar jugak,kite akan berubah..dari merendah diri jadi si hidung tinggi...perubahan tu biasenyer takkan kite sedar pon...sebab,kite dok puji diri je selama kite jadi popular ni...


So,in the end...baru aku sedar....jadilah yang sederhana,yang merendah diri.KEEP LOW PROFILE GIRL..ERR..AND GUY!
Kau akan disukai tak kira siapa kau...dan yang paling penting...sentiasalah menghargai mereka yang selalu di sisi anda...

Thursday, January 6, 2011

Aku nak jadi matang!! - nah,ini tips nyer.

ARTIKEL INI AKU CURI DARI NAQYA,YANG CIK NAQYA CURI DARI ILUVISLAM.COM
  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

wah...gle jauh....aku dri ciri2 tersebut...hmm..ok..i try ikut.

UIA please jangan siksa mental kami.

salah seorg kawan ku,
-bas nyer yang dari Kelantan rosak,menyebabkan beliau tak sempat nak amek final exam,dan menyebabkan die fail kertas tu,and sekaligus kene dismiss.
-yang sakit hatinyer,pihak admin xkasi pon die amekbalek sebab alasan yang x munasabah.
-konklusinyer - admin uia x pernah naik bas,sebab diorg kaye sangat.
-menyebabkan die terpaksa meninggalkan uia,die kawan baikku.memang aku sedih dan terkilan gile,rase nak buat demo je.

salah seorg kawan ku jua -
-terpaksa balik ke sarawak sebab nak hadiri perkahwinan ABANG KANDUNG DIE,and terpaksa meninggalkan exam mid sem.
-yang sakit hatinya juga,pihak admin uia x kasi jugak amek balek paper tu,sebab no medical reason.
-konklusinya - orang uia xde famili kot.atau mereka da x sayang famili.

KONKLUSINYER LAGI,KALAU NAK AMEK PAPER YANG X SEMPAT NAK AMEK DISEBABKAN HAL URGENT,KORG PERGI LA MENG-KEMALANGAN-KA DIRI KAT DALAM UIA JUGAK,SO THAT DAPAT MEDICAL REASON.

Saturday, January 1, 2011

Ini yang makin aku sayang ni.

akhir-akhir bulan 11,merupakan bulan dukacita buat ku.ah!tidakla dukacita sangat sebenarnya,aku je dukacita lebih-lebih.Dan aku pujuk diri aku dengan berkata " Hey Iyam,mungkin ade hikmah disebalinya"
No.no.no.Bukan Mungkin.Ianya Memang.

Aku cuba untuk pujuk diri aku lagi dan lagi.Dan aku nangis lagi dan lagi.Ah!aku bosan.ape kehey kau nangis yam?baru asasi tu,ko x masuk gombak lagi.

Last2,aku just follow the flow.

Day by day,aku jalani hidup kat cfs.Dan aku terkejut.Hari demi hari,Malam demi malam,Impian-impian kecil yang aku da lama impikan tercapai.Macam mana aku nak describe ye?macam,kau seorang yang sangat miskin,dan tak pernah mimpi pon nak jadi kaya,and kau hanya terfikir sedetik,sejenak je kat hati kau,yang kau akan jadi kaya.And then,lepas da lama tu,kau betul2 jadi kaya.

Thats the feling i feel.Impian aku kecik cenonet je,takdela besar sangat,ala,yang simple2.Dan impian2 kecil itu,Allah kabulkan.Aku rase sangat terharu,sesungguhnya Allah maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Kaya.

Now aku faham maksud bersangka baik dengan Allah.
And,aku juga faham,jika Allah tak kabulkan doa kita,itu adalah sebab DIA da rancang rancangan terbaik untuk kita.Macam aku,aku nak sangat masuk gombak bulan 12,dan aku berdoa agar aku masuk gombak bulan 12,tapi Allah tak kabulkan.Kenapa?Sebab terlalu banyak hikmah2 lain akan mendatang kat aku(which is now happening),membuatkan aku terharu,membuat aku semakin sayang dan semakin jatuh cinta kepada DIA.