ok.yang satu perenggan ni adalah kate2 aku,si maryam.aku amek artikel ni dari iluvislam.com,sbb aku suke sangat naruto,dan sebab aku nak bagi reason kenape aku suke naruto yg mukenye x hensem seperti sasuke yg bajet hensem.hahaha,ok.no offense yah.
watevala..
ILUVISLAM.COM
PENULIS : LUPE LA.SEARCH JELA DEKAT ILUVISLAM TU.HEHE
selamat dalam membaca!jangan tercekik makan kacang sudala.
“Azree, Naruto tu sunat tak?” Soal Amir, adik kecil saya yang baru berumur 7 tahun.
Dia sedang mengalami keresahan yang amat bila saya mengusiknya yang dia kena sunat cepat-cepat. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa dia tanya Naruto sudah bersunat atau belum.
Memang betul-betul terpengaruh. Tetapi secara amnya bukan dia seorang sahaja kanak-kanak yang meminati Naruto, malah terlalu ramai. Sampaikan berlaku lambakan jualan manga Naruto di mana-mana kedai runcit mamak.
Dan sejujurnya, saya pun merupakan salah seorang peminat Naruto dan manga-manga Jepun yang lain.
Rasanya bukan saya seorang pelajar universiti yang meminati dan membaca manga-manga dari Jepun, malah agak ramai juga. Kalau di UIAM itu, saya tidak perlu bersusah-payah download manga-manga tersebut di internet. Hanya perlu menunggu sahaja kawan-kawan bilik download dan ajak baca.
Seorang minat Bleach, seorang lagi minat Naruto dan seorang lagi minat One Piece. Dan kalau saya mahu baca manga-manga lain, boleh sahaja ke bilik-bilik berdekatan dan copy daripada mereka.
‘Manga menyerang pelajar IPT’. Mungkin boleh saya katakan begini.
Begitu ramai yang meminati manga-manga dari Jepun ini pasti ada sesuatu faktor yang menarik minat.
Kesan psikologi daripada ‘Naruto’
Apa yang saya kira menjadi sumber tarikan dalam cerita ‘Naruto’ adalah perwatakan watak Heronya iaitu Naruto. Wataknya dibina dengan memiliki sifat-sifat sebilangan besar remaja dan kanak-kanak. Watak biasa-biasa.
Ada yang pernah kena buli, ada yang iri hati pada kehebatan orang lain, ada yang rasa diri tersisih dan macam-macam lagi yang kadang-kadang membuatkan kita berfikir, ‘aku bukanlah hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan si dia’.
Dari sudut itu, manga Jepun menyuntik jarum halus dengan mereka watak-watak hero manga Jepun sama seperti mempunyai sifat yang sama dengan kita. Ada yang merasa diri tersisih, ada yang kena buli dan ada yang cemburu dengan kehebatan orang lain. Ketidaksempurnaan inilah yang menjadikan watak-watak dalam cerita itu kelihatan realistik. Seakan wujud dalam diri pembacanya.
Orang kata kalau mahu menulis novel, jangan jadikan watak heronya serba sempurna. Nanti tak melekat pada hati pembacanya. Mungkin ada sesetengah daripada mereka berkata, “Ah! Mana ada manusia sempurna macam ini.”
Tetapi kalau sekadar menjadikan watak hero itu tidak sempurna sampai habis penamat cerita pun tidak menarik juga. Oleh kerana itu, ada penambahan ciri penting pada setiap watak hero iaitu tidak mudah putus asa dan ada impian yang tinggi.
Lihat sahaja pada Naruto, daripada awal sewaktu dia masih terkedek-kedek dalam Akademi Ninja lagi dia sudah bercita-cita mahu jadi Hokage. Begitu juga halnya dengan sifat semula jadi manusia, ada impian untuk menjadi hebat atau sekurang-kurangnya tidaklah dihina orang.
Bila saya fikir kembali, sebenarnya watak-watak hero dalam manga ini bukanlah seorang yang berani. Ada juga sifat penakut dalam diri mereka. Cuma apabila mereka inginkan sesuatu, tidak kira apa jua halangan mereka berani untuk menghadapinya. Mungkin ini yang menjadi ikutan adik saya. Cuma dia masih belum ingin bersunat. Nanti saya cucuk-cucuk dia.
Naruto juga amat menghargai hubungan sesama makhluk dan mementingkan nilai persahabatan dan setiakawan. Ini boleh dilihat selepas Sasuke yang merupakan comrade(teman sepasukan) Naruto pergi mengikut Orochimaru, Naruto tetap berusaha mencari Sasuke untuk menyelamatkannya.
“Dia adalah kawan saya!” Ayat yang selalu keluar daripada mulut Naruto.
Nilai persahabatan dan setiakawan ini juga yang turut dirasai pembaca sendiri. Kita tidak boleh hidup seorang diri dalam dunia ini. Perlu ada orang yang turut membantu dan saling melengkapi. Andaikan kalau ada rakan yang tidak menghargai persahabatan, sudah tentu kita sedikit meradang. Betul tak?
Ha, kan sama macam Naruto.
Manga Jepun Vs Drama Bersiri Melayu
Tentu ramai yang berfikir-fikir mengapa saya hendak samakan manga yang berada dalam kategori komik dengan drama-drama TV. Tentu tidak adil bukan?
“Manga bolehlah nak tulis cerita itu ini, tapi yang ini drama tv. Cerita mahu bagi yang betul-betul.”
Sebenarnya sudah banyak manga yang telah didramakan. Sebagai contoh GTO(Great Teacher Onizuka), Teipan Shoujo(Kisah tukang masak Teipan), Tantei Gakuen Q(Detektif Q) dan sebagainya. Hal ini kerana mereka memikirkan nilai-nilai moral yang ada dalam satu-satu manga itu memang sesuai untuk dijadikan drama.
Jadi, tiada soal tidak adil rasanya jika saya membandingkannya dengan drama-drama bersiri Melayu. Tetapi saya bukanlah memperkatakan semua drama bersiri Melayu, cuma ‘beberapa sahaja’. Tetapi dihabiskan duit ribu-ribu untuk mempromosikannya sampai remaja-remaja tergila-gila menontonnya.
Apa bezanya?
Kalau kita lihat kebanyakan drama-drama bersiri Melayu, watak-wataknya tentulah seorang yang kaya, tampan menawan, ‘bergaya’(asyik-asyik shooting kat tempat shopping), mak datin, dan yang sama waktu dengannya. Ada yang mahu tiru cerita desperate housewives tetapi dibuatnya seperti desperate datin-datin.
Asal boleh mahu segalanya kaya-raya. Mungkin mereka fikir itu yang menjadi tarikan kepada remaja-remaja.
Memang tidak dinafikan pengarah turut menyelitkan nilai-nilai moral. Tetapi seperti sekadar menyelitkan-nyelit sahaja. Kadang terdetik juga saya hendak menonton drama Melayu, tetapi bila buka sahaja balik-balik cerita seperti itu.
“Bagus apa drama Y tu. Ada unsur perniagaan gitu.”
Iyalah, bila wataknya dibina sebagai orang kaya mestilah pengarah meletakkan penyebabnya seperti mempunyai syarikat-syarikat besar dan sebagainya. Tetapi apa yang saya lihat, tidak nampak pun nilai-nilai atau contoh-contoh ‘orang di syarikat besar’ bekerja. Kadang-kadang mahu juga saya tahu. Manalah tahu boleh contohi cara kerja mereka.
Inilah yang membezakannya dengan manga atau drama-drama dari Jepun. Kalau mereka buat filem tentang seorang yang pilot, memang ditunjukkan bagaimana seseorang pilot itu bekerja. Termasuklah dengan suasana kerjanya. Kalau mereka buat filem tentang tukang masak, memang tiadalah nak meleret sampai pergi tempat shopping sembilan sepuluh kali macam dalam drama kita.
Mengikut kajian, apa yang kita baca dan tengok, itulah yang menjadi ikutan kita. Jadi, pilih yang mana satu anda suka? Manga atau Samarinda?
P/s: Entri ini ditulis untuk memberi alasan kenapa saya suka baca manga. =)
No comments:
Post a Comment