SURAT CINTA BUDAK FIZIK
Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku dibahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat
sebarang anggapan??
Mu : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas
diriku.
Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya
sebatian.
Mu : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.
Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar.
Mu : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.
Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau
berikan.
Mu : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah 'random' yg mempunyai janji-janji manis yg
bergerak secara rawak.
Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses pencaran dan perolakan.
Mu : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?
Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu
Mu: Adakah kita akan berpadu secara kimia?
Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
Mu: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.
Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk
menyelesaikannya.
Mu: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitude dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?
Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
Mu: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah
tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.
Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
Mu: Tapi, imanku adalah infiniti!
Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau blum mendarabkannya dengan 6x10'23
Mu: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana
aku akan mengalami hemolisis.
Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
Mu: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini.
Biarkan aku sendirian... ... .. "
No comments:
Post a Comment