Tuesday, February 5, 2013

Anak ramai serabut gila kot.

Assalamualaikum.

Maafkan aku asyek update blog je.Bukan apa aku banyak sangat pemikiran terpendam yang da lama tersimpan tapi lupa nak diblogkan.haha.So sebelum aku lupa baik aku tulis cepat2.


SERABUT GILA BANYAK ANAK
6 orang anak.Rumah macam baru kene rompak. Jerit sana sini . Nangis sana sini. Cedera sana sini.
Ayah dengan mak cikgu.Tapi masih juga sibuk sebab cikgu sekarang dibebani kerja2 perngkeranian.
Dan orang yang merancang untuk berkeluarga kecil selalu bertanya.Anak ramai,tak serabut kah ?

LET ME SPEAK! HAHAH

Orang yg tak punya keluarga besar takkan pernah mengerti ini. Ada adek beradek yg ramai , memang serabut . Banyak benda kene kongsi . Serabut lagi bila kene tenangkan adek2 yang nangis, yang bergaduh lain cerita. Lepastu bila semua da masuk universiti, duitt plak jadik masalah .. Sentiasa je kene keluarkan duit... Dapat pinjaman pon kadang2 masih tak cukup ....

Tapi .....

-Adek beradek ramai itu sangat seronok. Bila ada masalah,masing2 ceritakan. Lepastu masing2 akan sentiasa backup antara satu sama lain .

-Kalau nak melancong, pergi sekali dalam satu van ... walaupon buruk tapi mencipta kenangan sangat indah.... Macam2 terjadi dalam van tu...dari pelepasan gas beracun,sampaila gempa bumi yg sentiasa berlaku dalam van ( adegan belasah membelasah dalam van ) .Tak kurang juga kadang2 gas ketawa entah dari mana sampaikan semua ketawa sampai terHiccup-hiccup.

- Kalau dalam rumah, sentiasa berebut makanan. Sapa yg lambat untuk masa makan femili,memang menangisla.Nak simpankan tak sempat,laju sangat habis.Hukuman untuk datang lambat agaknya. haha.

-Kalau masak pula sentiasa licin.Ayam2 kat luar pon hanya dapat menikmati tulang kawan2 mereka sahaja.
Kalau dapat nasi basi tu pon da kira fiesta gile la kan.


DAN BILA SEMUA SUDAH DEWASA

Aku yg dalam kategori keluarga ramai ini...tak pernah langsung menyangka keadaan ini. Tak pernah membayangkan keadaan ini berlaku pon. Keadaan dimana....rumah tiba2 senyap sunyi....rumah kemas sangat ... pastu rasa sunyi ...

Inilah keadaan yang berlaku bila ramai adek beradek da mule berkahwin...berkerjaya...stadi kat universiti....
Masing2 pon tak sama jadual kan. So jarang dapat kumpul secara lengkap.

Dan keadaan begitu sangat culture shock....Aku masih lagi try untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ni...Aku masih lagi try untuk biasakan masak untuk 2-3 orang ...sebab selama ini masak untuk 9 orang.... Even masak sikit pon makanan tak abis.Dulu selalu licin . Sedih jugala.

Dan van UNSER yang menyimpan seribu satu kenangan pulak dah dijual...nak jimatkan minyak,dan memikirkan tiada lagi keperluan untuk menyimpan unser itu memandangkan 2 anak sudah mula ada keluarga sendiri.

Pada masa itula...aku rasa...BEGITU PENTINGNYA ADE KELUARGA YANG RAMAI.
Pada masa itula....aku berharap aku ade adek beradek seramai mana yang mungkin.

Mula2 memang susah ada anak yang ramai...tapi percayalah,di hari anda tua....anda mungkin akan sangat berharap anda ada anak yang ramai.


MASIH TIDAK DAPAT TANGKAP? 

Aku tau...susah kot nak memahami ayat aku.
So,i think to let you get clear about what im actually try to tell, korg boleh tengok cerita "Cheaper by the dozen " , cerita tu menceritakan segala2 apa yang aku akcelly try nak sampaikan.











Mengapa aku begitu eksaited dengan buku "Aku terima nikahnya "

Assalamualaikum.

Gula-gula diberi lagi,
Kanak-kanak riang sekali,
Janji Mereka sudah dicapati,
Apalagi pergila mengundi.


Aku sangat riang dapat voucher buku 1 malaysia.Apatah lagi ianya ialah duit ayah aku.Gembira la. hahaha. Ketawa dalam kesindiran. (Hanya mereka yg rapat dengan aku je boleh memahami aku yang gila ini )


Oke.So bile da dapat vouchaar,apa lagi,aku punya eksaited nak beli buku yg aku MENGIDAM sangat nak beli. Oleh sebab ianya mahal, jadi aku mengiidam la kan...




LETS TAARUF WITH THE BOOK
So cute kan buku ni , Oke guys and girls ...sebenarnya buku ni is gabungan tiga buku untuk siri "Aku terima nikahnya " .... sebab ianya gabungan jadi ianya mahal la kan. ahahha.Tak la mahal tapi untuk orang yg tak suka buku mcm aku mahal la kan. haha. RM 55 ringgit sebiji. But believe me,its WORTH.

GATAL KAH BACA BUKU INI
Mungkin bagi korg,aku ni 'GATAL' sebab asyek baca buku pasal kahwin2 je kan...tak sabar nak kahwin ke ape ? ! haha. Tapi bagi aku..... Perkahwinan ialah satu benda yang patut dipelajari SEBELUM , SEMASA,DAN SELEPAS. Ya kawan2...Perkahwinan juga satu cabang ilmu.

Bukankah kita ni memang sentiasa belajar ? Takde istilah 'BERHENTI BELAJAR' pon.
Korang sendiri tahu kan,Jika dikumpulkan ilmu yang ada kat dunia ni,ianya hanyalah umpama setitis air di lautan yg luas.Ilmu Allah itu sangat luas. MasyAllah...

HOW I MET THE MINI2  BOOK
Buku pertama ummi yg kasi. Mase tu umur aku baru 17 tahun. ummi kata buku ini sesuai untuk sape2 jela....

So...aku yg sangat pemalas baca buku ni pon,bacalah....
bile baca...perghhh......jatuh cinta! (Bkn jatuh cinta kat orang ye)
Aku bole katakan aku ulang baca buku ni lebih 3 kali.


SUMMARY ? 

Memang best...bagi aku,ustaz hasrizal pandai menyusun kata2, menyusun cerita, even ade lawak yg bole buat aku ketawa .... tak kurang juga buat aku tersedar dari lamunan panjang.Menyedarkan aku,setiap orang,ada kisah 'Cinderella' masing2. Cuma,ianya terpulang kat orang memandang kisah mereka sebagai positif atau negatif.
(Yela,ada orang....selalu je jeles dengan orang lain...suami org lain sweet,tapi suami dia..dahlah tak romantik,garang.... To me,kalau kita keep banding2kan pasangan kite dengan pasangan orang lain....memang negatif la jawabnya kisah "Cinderella" kita... Dan sebab itu...kadang2 rumahtangga tak bahagia.)

Ini yang ak dapat rumuskan lepas aku baca buku ni.Dia takdela cakap pasal cinderella,tapi lebih kurang la isi dia.


PSSSS :

(Dan orang sentiasa berkata,sastera itu tiada masa depan yg cerah.
Ah,tong sampahkan itu semua.Mereka itu mungkin orang sains yg terlalu bongkak dan ego.)
Aku suka sangat dengan orang yang pandai bersastera.....Sebab aku ni tak pandai langsung bab sastera2 ni,jadi aku respect gila2 la kan kat orang sastera.Bagi aku, kata2 itu lebih tajam daripada pedang.





Sunday, February 3, 2013

Family outing : Pos lebir,Gua Musang - Day 4

Assalamualaikum,ye aku yamilalala bersiaran secara langsung dari surau blok aku sendiri...in which,tak jauh pon dari bilik aku and in which,aku tak dapat masuk ke bilik ak sebab takde kunci.

Alhamdulillah.naseb baik ade surau sebagai tempat berlindung malam ini.haha.

Oke,teruskan dengan,err...diari journey aku.


PERKAHWINAN GILANG GEMILANG,4 PASANGAN

Hari ke empat mungkin juga hari bersejarah kerana ada 4 pasangan yg akan dinikahkan oleh tok kadi.Tapi atas masalah2 tertentu,hanya dua pasangan dapat hadir.....dapat liputan tu dari rtm,aku tak batak pon,cuma eksaited sahaja.hahaha.

Tapi aku tak tengok pon liputan tu balek kat tv,entah disiarkan entah tidak aku pon tak tahu.Tapi kalau disiarkan alangkah malu bukan kepalang kalau tibe2 muke selekeh aku termasuk pulak. =,=

Tapi melalui video yg dirakam artis sinetron lia yg mane ak meminta bantuan beliau untuk merakam,
(kerana pada masa kejadian aku sedang bertungkus lumus menyiapkan 34 biji belon berisi air untuk sukan yg akan diadakan selepas majlis pernikahan tu), kelakar jugakla tengok,hahah,iyela sebab pengantin mcm malu2 kan ramai org rakam and amek gambar,pastu kene ulang lafaz la itu semua.


SUKAN BERSAMA ORANG KAMPUNG

Yeah,akhirnyer,detik sebenar aku sebagai biro sukan tiba. Kami ade banyak games yg dibuat utk org2 kampong mcm jalan gune batu,makan pear tanpa tangan,gendong pasangan(sesama jenis only)...and mcm2 lagila...,and salah satu games is my games of course.

so aku uruskan games kaum wanita,takat passing belon berisi air jela kan.senang sangat.

sebab terlalu senang,kami tukar rule.Do pusingan elephant trunk sebanyak 5 kali,and then baling kat grupmate tanpa mendepani mereka.

Haha.that is where the best part began.Splash here splash there! Uuuuu i like that.Its more,funn. haha



ok.itu jela.....GAMBAR AKAN DIUPLOAD NANTI.HAHA.SABAR EH.


Friday, February 1, 2013

Family outing : Pos lebir,Gua Musang - Day 3


HOMESTAY,BUT MORE TO ZIARAH AGAIN WITH LONGER HOUR

Untuk Homestay ni,kami takdela tidur kami rumah femili angkat...just lepak kat situ lame sikit...so,mase homestay tula,aku berjumpe dgn satu benda baru ...


HELLO BUAH RAMBAI ! 

.....hari dimana aku jumpa buah rambai!
Secara serius dan tak main2,JUJUR aku katakan aku tak pernah jumpa buah rambai,makan apatah lagi

kan.Lepastu aku diketawakan nak angkat and adek beradek angkat ak yg lain sbb tak pandai mkn

buah rambai. T_T . Anyway thanks for teaching me makan buah rambai.haha
Siap belajar buat BELON dengan rambai lagi,hahah SERONOK .

#Umi kate last time die makan buah rambai kat kampung ak is , mase die kecik. hahaha. kire nak

cakap buah rambai kat kampung ak da lame pupus.


MAKAN TENGAHARI SAMA-SAMA

 Hahaha.mase ni ak mungkin da mule rase semangat kekeluargaan angkat tu.Well,kitorg makan dgn femili angkat mude kitorg..yg tua..kami masih rase awkward dan tak berani pon nak makan sekali...bukan ape,takut diorg marah ke ape kan.haha. bro1 angkat aku selamba hati die je nak habeskan makann tu,i mean,makanan tu rasenyer utk dihabeskan oleh femili angkat =,= . hahah.dalam hati aku ooo,mungkin utk mengeratkan lagi kemesraan,die makan dengan begitu selera supaye keadaan tak jadi awkward. (Aku tak rase die bace post ni sebab usually man dont really read blog yg membebel lebih dan mengarut je kejenyer.hahaa.)