Tuesday, February 5, 2013

Anak ramai serabut gila kot.

Assalamualaikum.

Maafkan aku asyek update blog je.Bukan apa aku banyak sangat pemikiran terpendam yang da lama tersimpan tapi lupa nak diblogkan.haha.So sebelum aku lupa baik aku tulis cepat2.


SERABUT GILA BANYAK ANAK
6 orang anak.Rumah macam baru kene rompak. Jerit sana sini . Nangis sana sini. Cedera sana sini.
Ayah dengan mak cikgu.Tapi masih juga sibuk sebab cikgu sekarang dibebani kerja2 perngkeranian.
Dan orang yang merancang untuk berkeluarga kecil selalu bertanya.Anak ramai,tak serabut kah ?

LET ME SPEAK! HAHAH

Orang yg tak punya keluarga besar takkan pernah mengerti ini. Ada adek beradek yg ramai , memang serabut . Banyak benda kene kongsi . Serabut lagi bila kene tenangkan adek2 yang nangis, yang bergaduh lain cerita. Lepastu bila semua da masuk universiti, duitt plak jadik masalah .. Sentiasa je kene keluarkan duit... Dapat pinjaman pon kadang2 masih tak cukup ....

Tapi .....

-Adek beradek ramai itu sangat seronok. Bila ada masalah,masing2 ceritakan. Lepastu masing2 akan sentiasa backup antara satu sama lain .

-Kalau nak melancong, pergi sekali dalam satu van ... walaupon buruk tapi mencipta kenangan sangat indah.... Macam2 terjadi dalam van tu...dari pelepasan gas beracun,sampaila gempa bumi yg sentiasa berlaku dalam van ( adegan belasah membelasah dalam van ) .Tak kurang juga kadang2 gas ketawa entah dari mana sampaikan semua ketawa sampai terHiccup-hiccup.

- Kalau dalam rumah, sentiasa berebut makanan. Sapa yg lambat untuk masa makan femili,memang menangisla.Nak simpankan tak sempat,laju sangat habis.Hukuman untuk datang lambat agaknya. haha.

-Kalau masak pula sentiasa licin.Ayam2 kat luar pon hanya dapat menikmati tulang kawan2 mereka sahaja.
Kalau dapat nasi basi tu pon da kira fiesta gile la kan.


DAN BILA SEMUA SUDAH DEWASA

Aku yg dalam kategori keluarga ramai ini...tak pernah langsung menyangka keadaan ini. Tak pernah membayangkan keadaan ini berlaku pon. Keadaan dimana....rumah tiba2 senyap sunyi....rumah kemas sangat ... pastu rasa sunyi ...

Inilah keadaan yang berlaku bila ramai adek beradek da mule berkahwin...berkerjaya...stadi kat universiti....
Masing2 pon tak sama jadual kan. So jarang dapat kumpul secara lengkap.

Dan keadaan begitu sangat culture shock....Aku masih lagi try untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ni...Aku masih lagi try untuk biasakan masak untuk 2-3 orang ...sebab selama ini masak untuk 9 orang.... Even masak sikit pon makanan tak abis.Dulu selalu licin . Sedih jugala.

Dan van UNSER yang menyimpan seribu satu kenangan pulak dah dijual...nak jimatkan minyak,dan memikirkan tiada lagi keperluan untuk menyimpan unser itu memandangkan 2 anak sudah mula ada keluarga sendiri.

Pada masa itula...aku rasa...BEGITU PENTINGNYA ADE KELUARGA YANG RAMAI.
Pada masa itula....aku berharap aku ade adek beradek seramai mana yang mungkin.

Mula2 memang susah ada anak yang ramai...tapi percayalah,di hari anda tua....anda mungkin akan sangat berharap anda ada anak yang ramai.


MASIH TIDAK DAPAT TANGKAP? 

Aku tau...susah kot nak memahami ayat aku.
So,i think to let you get clear about what im actually try to tell, korg boleh tengok cerita "Cheaper by the dozen " , cerita tu menceritakan segala2 apa yang aku akcelly try nak sampaikan.











2 comments:

Asma' said...

sokong2!! haha xD best ramai2 <3 :)

aurora said...

lol lol. how come i baru sedar this comment. hahahaha .. anyway, part yg tak senonoh dalam kereta tu tolong jgn ikut. hahaha