Wednesday, December 25, 2013

Ada apa dengan sepang ?

Ada apa dengan sepang ?

oh,btw , Assalamualaikum.


Kalau kau tanya orang sepang, pasti mereka kata,
ah,tiada apa apa. Kosong sahaja. Nak kata canggih,tak canggih . Nak kata ketinggalan zaman , takdela sangat. Biasa biasa saja.

Well, Aku start duduk kat sepang umur aku 7 tahun gitu. Well, to be truth , aku rasa sepang ini boring. Kalau orang nak datang untuk melancong, argh ak cepat2 tegah dia supaya jangan datang. membazir duit saja.

Ah,ak lapar.

Anyway . itu semua pemikiran aku yang dulu. Pemikiran aku sebelum berjumpa dengan orang yang menghargai sepang. orang yang membuka mata aku untuk menghargai tempat sendiri. ORANG LUAR.

Ya. Mereka itu kawan2 uia aku yang datang melawat rumah aku .
Mereka itu yang menyedarkan aku tentang, betapa cantiknya, amazingnya tempat aku tinggal ini  .

Dan apa yang aku sedar cantiknya itu ? Mari kita lihat ( ayat orang skema ) 

1. Tempat yang foreigner dari segala mcm pelusuk negara akan nampak secara dekat ketika nak takeoff.

2. Tempat untuk orang melihat kapalterbang segala foreigner guna. - Dan ianya seperti kawanan bintang bergerak yang comel yang beratur nak ambil makanan RMT.

    (Ha yang ni aku nak elaborate - dulu aku rasa benda ni biasa biasa je. Tapi lepas melihat kawan aku begitu eksaited tgk kapalterbang dari bawah dgn dekat, aku tetibe terbuka mata.
Haah la . Ia begitu cantik .Begitu awesome . Kapalterbang pelbagai jenis, pelbagai saiz, pelbagai warna . )
Aku ingat melihat kapalterbang secara dekat sudah menjadi normal orang. Tapi bila aku jumpa kawan2 uia aku itu , aku baru tahu. Dan aku baru lah menghargai tempat tinggal aku sendiri. )

3. Tempat berlumba halal . of course u know , F1 .  But aku tak pernah masuk situ pon. Apa kejadahnya buang duit nak tengok orang lumba. Unless aku dapat berlumba. Hohoh.

4 . Pantai Bagan Lalang - pantai terdekat orang kl. hahaha. And also, Goldcoast malaysia - sepang goldcoast. well , u know the type of chalet that floating in the sea ? yes. we have that. Tapi hanya mereka yang ada duit je bole duduk bermalam kat situ . Mana taknya , paling murah 600++ semalam . Baik tak payah . Baik kau kumpul duit pergi maldives lagi best.

5. Ada perkampungan jawa yang awesome. - haha, that is , my kampung, my home sweet home, the place i grow up , the place my mom and dad were born . U can homestay here if u want.

6.  Ada aku  yang awesome.

7. ....


Aku rasa tu ja. Kalau kau orang peminat aeroplane, kereta, chalet terapung , nasi ambeng , bole la , kalau nak jadikan sini tempat melancong . hohoho.


# Ingat lagi dulu masa pembukaan KLIA, dah mcam ada pesta da kat atas bukit tepi tempat kapalterbang naik dan turun . Ada orang jual burger la .... air la. ... Ramai2 tengok kapalterbang turun dan naik . Memang batak gila. Tapi keadaan masa tu best gila. Ramai gila Family berkelah tgk aeroplane. Masa tu malam .

And that is,what rich people will never feel . that fun . haha. 

No comments: