Saturday, July 10, 2010

Kenape mereka terlalu perfect???huuwaa

bijak,cantik,lawa,kaya,hensem.....
pernah x anda ade kawan atau anda sendiri camtu?
huh...kalau begitu,mintak maaf saye katakan...saye sgt2 cemburu!
maksud ak....
kadang2.....aku x menyampah dengan diri ak sendiri...
kalau x lawa takpela....tapi,at least aku mesti bijak..ini tidak...bijak takde,lawa pon langsung takdak,kaya....hutang orang selalu gak...kadang2 rase mcm x puas hati,sampaikan aku sendiri kadang2 ter-anti kat orang perfect macam tu,padahal diorg x buat salah pape pon....
huh..manusia x reti bersyukur..

tapi kan...
kadang2....kalau pikirkan balik.....
kite x pernah tengok yang dibelakang,.....
maksud aku sekali lagi...
mereka yang jauh lagi susah dari kite...


jadi,kepada diri aku sendiri,dan orang lain,kalau ade perasaan same dgn aku,fikir fikirkanla...

Monday, July 5, 2010

sesi soal jawab dengan one 21 guns

Do you know what's worth fighting for
Yes,it is ISLAM
When it's not worth dying for?
Yes,i die for Allah
Does it take your breath away
Only Allah take my breath away...
And you feel yourself suffocating?
erm,i do not through it yet...u know,dying...not yet
Does the pain weigh out the pride?
because pain hasl less huruf than pride,so,no.
And you look for a place to hide?
Yes....i always have to hide in my own u,because,i'm shame so much.
Did someone break your heart inside?
Its not someone-its somethree
You're in ruins
I'm not in ruins,i'm in my room

One, 21 guns
i'm 19!!!
Lay down your arms
but...my arm dont want
Give up the fight
i dont own any fight either
One, 21 guns
again,i'm 19!
Throw up your arms into the sky
its hurt you know to broke your own arm!
You and I
wait...why suddenly??!!!

When you're at the end of the road
i....never see a road that never end...
And you lost all sense of control
i dont have sense of control,so,why i can loss it?
And your thoughts have taken their toll
idk
When your mind breaks the spirit of your soul
wow...i always do that,cause,i thought i'm a physcic
Your faith walks on broken glass
ok.now i know why my faith always bloody....nak kene ni
And the hangover doesn't pass
she fail again???
Nothing's ever built to last
yah...yah...
You're in ruins
wat the?

Did you try to live on your own
I wan,but i am a girl....my pama would not allow that
When you burned down the house and home?
wait,i'm not that bad...
Did you stand too close to the fire?
yes....wait...is 1m is too close??
Like a liar looking for forgiveness from a stone
i'm not like him!!

When it's time to live and let die
i cant do two work in 1 time!
And you can't get another try
i can wat,...u are so negative tinking la!
Something inside this heart has died
yes....i kill it already...it is so bad...it makes me cry..
You're in ruins
no im not....I KNOW ALLAH ALWAYS FOR ME...

Saturday, July 3, 2010

Kisah maryam yang ter-minat bola yg dibencinya

Ianya bermula,pada malam yang pilu,malam yang membuatkan airmata seorang perempuan bernama maryam mardhiah mengalir...hatinya pilu....hatinya duka....sebab,terpaksa bermain dengan banyak jiwa2...kawan2.....dan...c****....
malam itu....seperti biasa...die melihat rancangan kegemaran kaum wanita....kisah2 romantik...ah...ak x ska!!katanya....kisah itu hanya menambah pilu di hatinya....
dia mengambil novel yang disaran kakaknya...novel?sudah hampir 5 tahun tidak membukanya....
die mula membaca page pertama...tidak sampai perenggan pertama...die bosan...die tidak suka...ia mengingatkan lagi kepada kisah sedihnya...
die menukar channel di tv....bosan..bosan..bosan...mcm2 channel diitukarnya...sampaila,dia putus asa...dan membiarkan channel bola yg tersiar...hairan tetiba,si maryam ini...kebiasaannya....die akan cepat2 menukar channel bola..takut2 adik2 beradik lelakinya terdengar...tapi,hari itu..hari itu,,die sudah tiada selera...die sudah terlalu duka....die hanya membiarkan saja channel itu tersiar..ntah kuasa ape ntah...
Brazil lawan netherland...itu perlawanan pertama yang menarik perhatiannya...
minit demi minit berlalu,saat demi saat berlepas...die memerhatikan kaki pemain,bukan mukanya...kaki ya,kaki...ahaha..i mean skill....dont misjudge....
tanpa disedarinya...die terlupa yg die sedang berduka ttg sesuatu...di otaknya kini,hanya memerhatikan bola..ntah kenape....die suke perasaan itu...perasaan melupakan masalah....haha..cis!ape ntah si budak tu main...klaka,gembira,tensen sumer ade...sekaligus,ia terlupa langsung akan perasaan sedihnya itu,
die sudah tekad....lantak ko la perasaan sedih...ak suda penat melayan ngko...menghabiskan airmata aku saja...

amaran:si maryam ini hanya ter-minat bola,bukannya minat bola

Wednesday, June 30, 2010

give me another chance...i'm just unmatured girl

give me some sunshine,
give me some rain,
give me another chance,
i wanna grow up once again...

~hiperbola sungguh kalimah terakhir tu kan?tapi hiperbola2 die pon,ramai yg nak bende tu....tapi...ak tau,ak kali ni da buat silap yg sungguh besar...silap,yg mungkin org tu takkan maafkan...hmm..ape silapnyer?

ak da buang die dalam mase ak masih x berfikiran matang lagi.

ok.aku mengaku,ak x matang lagi,aku mengaku,ak masih x dapat berfikir secara logik dan bijaksana lagi...
tapi...ak kalau bole,nak je ak jumpe orang tu,minx maaf sampai die betul2 maaafkan ak...
seumur hidup ak,x pernah ak buat camtu,i mean,x pernah ak nak buang kawan,just because hal kecik je.....emosika ak?haha.perempuan.


S ome people hurt us and never apologise for their actions.
O ur response to that can be a reaction to that rejection.
R ighting a wrong must begin with some kind of a justification.
R econciliation can follow on after this consolation.
Y ou and I need to be healed from the hurt is the realization.

Friday, June 18, 2010

Kasihan MillatFacebook

why?
why muslim people always being bullied?
can't people just stop it,?
i mean it.
baru2 ni hangat diperkatakan pasal millatfacebook.
a place for muslim people nak bersosial networking.
but what usa do?
they attack mfb server.
just entah kenape mereka dgn bodohnyer buat camtu?
apasal dengki sgt ah?
gila kah kamu USA????

kalau nak tau cter sebenar,klik http://www.millatfacebook.com/
Oh ye.

BOLA,BOLA JUGAK.PALESTIN JANGAN LUPE.

Monday, June 14, 2010

Aku benci bola juga!

.....................................................
.....................
............
.
.
.
.
.
.

kesimpulannya,
merokok membuatkan keturunan bodoh
:P

sangat crowdeeddddd cfs iium~!!!

i cant believe it.
is this cfs?
its like culture shock.
mase shot sem,sunyi sepi,aman damai,
tibe2
skrg,kejutan demi kejutan.
library,port lepak gua pon da kene ganggu.
apasal dak fez year rajin sgt ni?
haha.x puas hati.
hmmmm...actually,biasela tu ramai,tapi dsebabkan da terbiase dgn shot sem,jadi,rase mcm,terkejut sikit.
kalau ikutkan.mase sem fez,tak la seramai ni.
nak buat camne kan.
tapi....masalahnyer,larat ke ar?
cfs nak tampung ramai sgt pelajar?
runtuh x?

Thursday, June 10, 2010

Rentetan peristiwa berlaku di hari kiamat

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.

3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz
Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.

5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.

6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.

9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata “Aku takut pada Allah”.

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.

12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.

13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.

14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.

15. ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.

16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& ‘Atid / Kiraman Katibin.

18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.

21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.

22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.

24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.

26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.

28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.

30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.

Rujukan:

Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

“Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong .” (An-Nahl ayat 105)

“Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka.”(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

Wednesday, June 9, 2010

bye2 facebook hi2 millatfacebook

i'm now fully actve on mfb?
yup.
thats rite.
finally,the feeling of being bersalah of menymbang duit kat israel now gone.
ok.
maybe stll ade sikit-la.
mfb?
wat the fish is that?
its millat facebook.
its muslim made.i like it.
bcoz,i know muslim is not the dumb.
cannot do anything.
mase fez2,mmgla lambat sikit....tapi skang da laju sikit.
lame2 tu laju banyak la...
ape?
ingat senang nak wat bende camtu.?
dgn modal skit...
hmmm...
u know wat?
i don believe muslim cant do anything.
bcoz,
we win long time ago.
but,some laknatullah people mencuri idea org islam.
and we dont have any right to bersuara.
so.my fren.now the time!
bangkit perjuangkan islam!

Tuesday, June 8, 2010

TUTUP AKAUN 22 JUN

hampir setahun.
gune fb,
selame ni ak x sedar pon.
ak da menyumbang 50 sen kat israel,setiap kali log in.
lantak la,org nak kate ape.
at least,itu je ak mampu buat utk org2 kat Palestin tu.
ak bukan lelaki,bole berjihad kat medan perang.

so.walaupun dgn berat hati yg sangat2,sebab da x bole sgt contact kwn2 lama....
da x bole nak luahkan perasaan kat situ.
tapi,demi jihad,hmmm;itu je ak mampu buat.

1 ummah!