Wednesday, January 19, 2011

saye balek kejap tadi ke umur 12 tahun

haha.
seronok.

berbual ngan kawan2 skola rendah...kat chatbox grup kat fb tu...
gurau2 kasar mcm dulu...
eh,did i mention that aku da lame bukak fb balek?
haha...
but this is limited only to my sekola punye kawan,and my universiti punye kawan yg rapat2...
ek eleh kau yam,perasaan hot plak,nak limited2 ni...
haha...terpakse,kalau x aku tensen..

add org yg kite kenal tapi x pernah pon nak rapat kat real life..
ianyer adelah mengguris hati sendiri..
sorila...
aku da penat da macam tu....
hmm...
skang ni bile tgk kat chatbox,hanye list org2 yg kite rapat,rase mcm seronok lak...
no more anonymous.


huhahaha.

Monday, January 17, 2011

ade tak subject ' Matang '

kalau ade subjek Matang diajarkan,
kan best.
at least kau tahu ape itu maksud matang.
at least kau tahu macammane nak jadi matang.
at least,bile kau da lepas sekolah nanti,kau seorang yang matang.

Tapi tak ada.
mereka ada sebab untuk meng-tak ade kan bende itu.
mungkin sebab mereka tak mahu bazirkan duit,
atau mungkin sebab mereka pon masih tak matang lagi,
atau mungkin juga,mereka mahu budak-budak belajar matang dengan sendirinya,dan dengan melalui pengalaman yang sebenar.

Aku Obses ingin menjadi matang,
kerana aku mahu menjadi anak yang solehah,
kerana aku mahu menjadi kakak dan adik yang bagus,
kerana aku mahu menjadi kawan yang sedia menjadi kawan dimana saja,
kerana aku mahu menjadi ibu yang pandai mendidik anaknya,
kerana aku mahu menjadi isteri yang tahu menjaga hati suaminya,
Dan Kerana,Aku Mahu Menjadi Engineer yang betul2 berjasa kepada agama.

Tapi,
menjadi masalah bila sekeliling masih menganggap aku belum bersedia menjadi matang,
menjadi masalah bila aku sukar meninggalkan tabiatku,
dan menjadi masalah bile aku masih SUKA GILE TENGOK CERITA KARTUN.

haish.
huh.
fflush.

Adekah,bile aku masuk gombak nanti,aku akan menjadi matang?ah.aku takut aku menjadi hipokrit,di rumah childish,di gombak matang.
argh.

p/s : belajar bersabar bile orang buat kau marah.belajar untuk tak marah die balik.

Wednesday, January 12, 2011

segmen kenangan.

komputer dan aku sukar dipisahkan.
sejak first time aku jumpe komputer dikala umur aku 6 tahun,
aku mula jatuh cinta.
awal2 dulu,mase 6-9 tahun,ayah beli komputer.
yang aku ingat dan aku rindu gile,ade 3 game ni.

-game chips(ala,yg game puzzle,yg budak makan biskut,pastu die kene cari jalan kuar tu,kene langgar dgn api la,lemas la,lebah sengat la,raksasa kejar la.haha.serius best game tu)

-game kat cd.game tu aku rase game melayu.ape eh.ala,yang ade dinasor kaler ungu sebagai maskot.serius aku x ingat ape tajuk die.tapi best la,menguji matematik kau,menguji bm kau,bi kau,and die ajar pasal bende2 dalam komputer.ish,akunak carik balik pon serius susah game mcm tu skang.

-game design rumah.best!aku suke.lepas dah design,present dalam bentuk 3d.actually bukan game tu,application windows 97 kot.

Kemudian perkembangan berlaku.ayahku membeli komputer advance sikit.memang batak gile la mase tu.sanggup panjat bahagian tinggi2 semate2 nak intai komputer yg ayah baru beli tu.tragis tol.

Komputer tu best sebab,

first game komputer yang advance sikit,dalam 3d.
game langgar lembu.
sebenarnyer game lumba keta kat padang pasir,
tapi aku excited plak nak langgar lembu2 yang tak berslah tu.

then....

upgrade,upgrade and upgrade..

game yang lain tu ak x nak cter la....sebab macam da common sgt skang ni...dah xde nilai kot.haha.

note : aku skang mengisi mase terluang dengan maen2 aplikasi.

-Button beats virtual piano.
well,actually banyak version piano lain,tapi aku malas nak cari,sbb kebanyakan kene bayar kan.
kalau aku bosan,aku akan men piano..menghasilkan musik beetoven,and seangkatan dengannya.haha.gurau saja.aku tak pandai pon main bende alah ni.pura2 pandai.takpon,aku hasilka musik sendiri.seronok.

-Smmoth Draw 3.
-maen lukis2.best gak.tryla..kalau ko seorang ang x pandai melukis tapi minat sangat nak melukis,gunela aplikasi ini.haha.ia nescaye akan membuatkan ko percaye ko pandai melukis padahal komputer yang tolong adjustkan.

lain-lain? ak tak sempat nak download disebabkan line kura2.

cover-cover rindu

baru je aku bukak facebook tadi...
bile tengok,pergh,ade mesej.mesej?!
aku dub dab.
siapakah?
da la wifi uia macam batu,lambat jalan.
suspen je.

bile bukak...aish!
stalker aku....semak sungguhla...
sblom ni ak da larang die jangan kacau fb aku...
so,tak dapat kacau fb aku,die stalk blog aku...
seb bek die x pandai mengkomen kat blogger.yes!

tapi hari ni,dia bagi mesej.
EMERGENCY!Kak yam,bile kak yam nak balik?
aish.
syasya si stalker si adek.
cepat2 aku call mak aku.
tanya,ape emergency nyer.
aku x nak call si sasa ni,kang x pasal2 kene "bang...bang boom!kene tipu!"
memang mengamuk la aku nanti.
pastu umi ckp xde pape.
haish.
mmg aku plan nak balek minggu ni pon.

pastu aku ketawa dalam hati.
hahaha.
ca,kalau ko rindu aku cakap jela!
;P

nah,aku mencapapkan ko ca,padan muke.haha :P




yang pakai badge tu sasa la tu.

Monday, January 10, 2011

Ada apa dengan bangsa,jika....

mereka kata bangsa patut dipertahankan,

tetapi,ade mereka kata,islam patut dipertahankan?

dimana mereka yang bertanggungjawab mempertahankan islam?

yang diberi tugas dan amanah menjaga islam.....

pergi makan rezeki orang ka?

dikala islam dihina,dicerca...

orang2 ini berlindung disebalik payung lindungan,

berpura2 innocent...

Tidak berani kerana takut dengan orang2 di atas...

Sedangkan,

mereka terlupa,

Yang Di ATAS itu lagi berkuasa,

dan mungkin sedang MURKA kepada mereka,

kerana tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab sebaik2 nya...

kerana mereka mungkir pada janji mereka,

atau mungkin kerana,mereka lupa betapa beratnya tugas itu,

kerana mereka bakal ditanya di Akhirat kelak...

ah,mereka itu hanya mengira beratnya uang2 dan ongkos2 di poket mereka.

atau,

mungkinkah mereka terlupa makna KHALIFAH yang sebenar?

ah!

persehtankan itu semua....

Kuda2 yang mengikut orang2 yang berjuang,berjihad di jalan Allah itu sebillion kali ganda lebih mulia daripada mereka2 itu,




Sunday, January 9, 2011

Apa kata korang?

Bila kucing nampak air sarsi dicampurkan dengan air sirap,die kate : miau~~

Bila orang Physic nampak fenomena itu berlaku,die mengkongklusikan : airsirapsarsi

Bila orang chemistry melihat tindakbalas kimia itu,die berkate : what we can observe is the red colour of aqueous syrup change to reddish-black.

Bila aku nampak : Jual boleh buat duit ni~!!!



Saturday, January 8, 2011

Baru aku faham erti POPULAR.

Dulu,mase aku kecik dan budak-budak...aku tak faham,kenapa bile wartawan tanya artis2 hasil program realiti " Kenapa nak masuk Malaysian Idol?Kenapa nak masuk Mentor?Kenapa nak masuk akademi fantasia?"
dan mereka pon dengan muke tak malunyer menjawab,"Sebab nak jadi popular"

Popular?Aku langsung tak faham kenapa orang nak jadi popular.Sebab aku budak2 kot,so aku suka main sorang2,cakap sorang2....and buat syok sendiri pon sorang2.(Er,darjah 6 tu still budak2 lagi ka?)...i mean,ape kau dapat bile kau jadi popular?

well,bile aku meningkat dewasa(ececeh),dan bile aku mule start aktif berblogging....aku mule faham ape erti popular.....orang akan tegur kau bile jumpe kau,orang akan komen kat facebook kau,orang akan like kau,kau dapat perhatian orang,dan orang akan excited bile dapat jumpe kau...
dan mulalah,hati aku terasa nakal nak jadi popular jugak...

And then,day by day,aku memasang impian tu,dan aku mule mencari publisiti murahan...seperti memancing ikan,menanam pokok sayuran,membelah kayu...dan lain-lain.

sepanjang aku memasang impian tu,dan aku mencumburukan orang kerana mereka jadi popular....tibe2 aku realise something very important...bende penting yang orang popular boleh terlupa.


-kawan sebelum kita popular,kawan yang sentiasa dengan kita,sentiasa mendengar celoteh kita,sentiasa sanggup mendengar keluhan kita,dan sanggup terima keburukan kita.

kadang2,bile kite da popular,kite boleh TER lupa mereka2 di atas itu....memang,awal2 populariti,kita memang da janji siap kita takkan lupa mereka...tapi kita takkan sedar sebenarnya,dalam diam....kite melupakan mereka...sebab kite sebok melayan kawan2 baru kita...

- Dalam tak sedar jugak,kite akan berubah..dari merendah diri jadi si hidung tinggi...perubahan tu biasenyer takkan kite sedar pon...sebab,kite dok puji diri je selama kite jadi popular ni...


So,in the end...baru aku sedar....jadilah yang sederhana,yang merendah diri.KEEP LOW PROFILE GIRL..ERR..AND GUY!
Kau akan disukai tak kira siapa kau...dan yang paling penting...sentiasalah menghargai mereka yang selalu di sisi anda...

Thursday, January 6, 2011

Aku nak jadi matang!! - nah,ini tips nyer.

ARTIKEL INI AKU CURI DARI NAQYA,YANG CIK NAQYA CURI DARI ILUVISLAM.COM
  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
  • Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mewujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

wah...gle jauh....aku dri ciri2 tersebut...hmm..ok..i try ikut.

UIA please jangan siksa mental kami.

salah seorg kawan ku,
-bas nyer yang dari Kelantan rosak,menyebabkan beliau tak sempat nak amek final exam,dan menyebabkan die fail kertas tu,and sekaligus kene dismiss.
-yang sakit hatinyer,pihak admin xkasi pon die amekbalek sebab alasan yang x munasabah.
-konklusinyer - admin uia x pernah naik bas,sebab diorg kaye sangat.
-menyebabkan die terpaksa meninggalkan uia,die kawan baikku.memang aku sedih dan terkilan gile,rase nak buat demo je.

salah seorg kawan ku jua -
-terpaksa balik ke sarawak sebab nak hadiri perkahwinan ABANG KANDUNG DIE,and terpaksa meninggalkan exam mid sem.
-yang sakit hatinya juga,pihak admin uia x kasi jugak amek balek paper tu,sebab no medical reason.
-konklusinya - orang uia xde famili kot.atau mereka da x sayang famili.

KONKLUSINYER LAGI,KALAU NAK AMEK PAPER YANG X SEMPAT NAK AMEK DISEBABKAN HAL URGENT,KORG PERGI LA MENG-KEMALANGAN-KA DIRI KAT DALAM UIA JUGAK,SO THAT DAPAT MEDICAL REASON.

Saturday, January 1, 2011

Ini yang makin aku sayang ni.

akhir-akhir bulan 11,merupakan bulan dukacita buat ku.ah!tidakla dukacita sangat sebenarnya,aku je dukacita lebih-lebih.Dan aku pujuk diri aku dengan berkata " Hey Iyam,mungkin ade hikmah disebalinya"
No.no.no.Bukan Mungkin.Ianya Memang.

Aku cuba untuk pujuk diri aku lagi dan lagi.Dan aku nangis lagi dan lagi.Ah!aku bosan.ape kehey kau nangis yam?baru asasi tu,ko x masuk gombak lagi.

Last2,aku just follow the flow.

Day by day,aku jalani hidup kat cfs.Dan aku terkejut.Hari demi hari,Malam demi malam,Impian-impian kecil yang aku da lama impikan tercapai.Macam mana aku nak describe ye?macam,kau seorang yang sangat miskin,dan tak pernah mimpi pon nak jadi kaya,and kau hanya terfikir sedetik,sejenak je kat hati kau,yang kau akan jadi kaya.And then,lepas da lama tu,kau betul2 jadi kaya.

Thats the feling i feel.Impian aku kecik cenonet je,takdela besar sangat,ala,yang simple2.Dan impian2 kecil itu,Allah kabulkan.Aku rase sangat terharu,sesungguhnya Allah maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Kaya.

Now aku faham maksud bersangka baik dengan Allah.
And,aku juga faham,jika Allah tak kabulkan doa kita,itu adalah sebab DIA da rancang rancangan terbaik untuk kita.Macam aku,aku nak sangat masuk gombak bulan 12,dan aku berdoa agar aku masuk gombak bulan 12,tapi Allah tak kabulkan.Kenapa?Sebab terlalu banyak hikmah2 lain akan mendatang kat aku(which is now happening),membuatkan aku terharu,membuat aku semakin sayang dan semakin jatuh cinta kepada DIA.