Thursday, July 25, 2013

Patah seribu hatiku :'(

Sedih. broken heart . 

Aku baru kene dump weh , die tinggalkan aku camtu je .Semua laki tak guna! 

Bukan sorang yg buat camtu kat ak, tapi ramai lagi . 

Dahla aku ni takde duit, rupa apatah lagi , pelajaran pon biasa2 je . 

Bile banding hidup aku dengan kawan2 , aku rasa malang gile! kenapa sedih sangat hidup aku ? 

- kata seorg hamba Allah ni.



LIVE IT UP , CHEER IT UP! 

Kesedihan adalah perkara biasa.Tak salah bersedih , tapi sedih lama2 itu yg salah .
Kata kawan perempuan aku yang bernama lelaki , zahid .... kalau kita sedih lama2 tak ubah pape pon.

umpama memegang cawan lama2 , kita tenung cawan tu lama2 dgn harapan ia pecah . tapi apa jadi ? tak pecah kan ? unless you do something about it, mcm , kau jerit kuat2 sampai cawan tu pecah tahap sampai semua org pengsan ke, atau mungkin kau bole meningkatkan kinetic energy dkt tangan kau sampai jadi rasengan naruto.


oh mai. ini sudah menjadi childish.

AKU PEREMPUAN YANG SUKA BERSEDIH. 

Yap. aku mengaku. tapi itu dulu. masa zaman remaja. masa tu takde sape pon yg bagi motivasi kat aku . bukan maksud ak langsung takde, ramai je , nasihat aku itu ini ,  cume itu bukan motivasi sebenar.

Apa itu motivasi sebenar ?

Motivasi sebenar adalah bila kau berjalan sendiri cari pengalaman, melihat pemandangan , meneroka alam, memahami kehidupan manusia lain , berjumpa orang dengan macam2 cerita,berkenalan dengan ramai orang. Itu motivasi sebenar.

Sebab , bila kita keluar , kita akan lebih mengingati , lebih menghayati erti sebenar kehidupan.
Kalau setakat mendengar cerita orang, kita hanya tahu teori kehidupan , tapi tak tau praktikalnya.

TAPI APE KENE MENGENA BERSEDIH DENGAN MOTIVASI SEBENAR ? 

Nah, itulah yang aku cuba nak terangkan tapi tak pandai nak terangkan. so aku membuang masa membebel pasal bende lain kat atas ni .

Ok begini. Bila kita bersedih , tentu kita berasa bahawa hidup kita terlalu teruk , kita rasa kita terlalu malang,terlalu hodoh,terlalu miskin,terlalu mcm2 lagi yg negatif.

Tapi bila kita jumpa orang,keluar, mendengar cerita dan masalah orang(mendapat motiivasi sebenar), nah baru kita tahu , bahawa kita tak layak pon nak bersedih panjang2 sebab berjuta lagi manusia kat sana yang lagi malang dari kita .

Dan yang lebih menariknya, mereka yang lagi patut sedih dari kita boleh menjalani hidup dengan begitu happy .



Jadi sebenarnya kan , aku just nak cakap.

Kepada korang yang putus cinta, kene dump dengan 1000 lelaki ke, 1000 perempuan ke , hidup korang sebenarnya tak lah teruk sgt. Memang,apa yg korg kene tu teruk ,tapi ramai manusia di luar sana yang jauh lagi teruk kehidupan mereka dari korang.

Apa yang korang perlu buat hanyalah , mungkin join community service . masuk kampung itu ini . bantu mereka yang susah . atau buat je pape yang membabitkan adventure . hiking pon bole. yang penting, KELUAR DARI KEPOMPONG.


Dan , aku rasa macam nak tujukan lagu ni kat korg yg bersedih tu .LA TAHZAN oke ? Life is way too short to be sad.


OWL CITY - LIVE IT UP! 
video



No comments: